Wednesday, October 31, 2012

November Rain....

huhuhu....giler kentang esok dah masuk bulan November.... cepatnya masa berlalu.... lagi sebulan nak masuk tahun baru pulak....


tak sabar nak tunggu bulan 12 pulak.... hehehhee.... dividen asb selalu bulan 12 kan??? hohoholick.... duit tak nampak lagi tapi dah tahu nak salur duit tu kat mana.... hampagas jer.....


bulan 12 gak nanti ada YES kan??? kopaklah lagi duit.... macamana nak menabung nak membayar PTPTN ni??? untunglah sesapa yang dapat JPA kan??? tak payah bayar.... jimat sakan dah tu.... boleh buat macam macam duit tu... even tak banyak pun boleh spent pada benda lain... ni tengok statement PTPTN.... macam tak bayar langsung.... tak berubah apa walaupun bayar tiap tiap bulan....haishhhhhhhhhhhhhh


eh....apa kena mengena citer nga tajuk????

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha....

salam... selamat tengahari semua.... huhuhu.....lama giler menghilang.... busy busy busy....amik kalau dah taip sampai 3kali perkataan busy tu maknanya yalah aku busy...hahhahahha.....


esok raya kan??? hahahhaha....macam tak percaya esok raya dan aku masih kat opis tengah buat keja lagi.... o nooooooooooooo not me okayh!!!


wat to do.... percaya ke tak percaya....memang aku kat KL lagi ni... tengah bergelumang dengan keja... malam ni baru nak gerak balik.... balik mana??? balik kelate u allllllllll..... harap sampailah sebelum subuh.... tak naklah dengar tasbih raya dalam kereta....


kat rumah tak tau mak masak apa as a juadah... tapi tak per.... raya aji disunatkan makan lepas sembahyang raya kan??? so... kalau sempat boleh lagi masak apa yang patut....auwwwwwwwww



Friday, October 19, 2012

Addicted!!!

Huhuhu…. Sekarang gua addicted lak dengan baju baju keja macam ni…… dah terkumpul beberapa helai dah….. bila nak kuar trend lain ni???? grrrrrrrrrr
Eh… pernah tak korang beli baju sama tapi kaler jer lain lain???? Huhuhu sejarah terkumpul… aku ni banyak kali beli baju sama cuma warna jer lain lain…. Lagi lagi baju tu murah dan berkenan giler tapi kekadang tak berkenan giler pun aku beli….sebabnya??? murah..…. Hahhahhahhaa…. Cer tengok ni….


 
Yang ni beli kat padini…. Yang ni beli kat kitchens….. wakakkakkaka…



Lebih parah lagi baju nga bebudak housemate pun sama…. Hampagas…. Setiap kali nak kuar mesti kuar dialog “kak za jangan pakai baju pink…. Quya jangan pakai baju pink….” Asparagus betul….





Wednesday, October 17, 2012

apa kes???

Kita ni merata rata boleh pergi kalau kita nak… memanglah kena sediakan duit… sebab tu perancangan itu penting….. rancang jer mesti automatic kita pun mula menabung…. Bila dah cukup duit hujung dunia pun boleh pegi….
Tapi sampai bila nak enjoy??? Sampai bila nak terkinja kinja amik gambar bagitahu kat semua orang dah sampai sana sini…


Mana tangungjawab kita??? Pikir pikirkanlah…..=( masa sihat tubuh badan boleh bekerja guna tulang 4 kerat okayhlah… tapi esok esok macam mana??? Padahal contoh kat depan mata….

Tuesday, October 16, 2012

happy bestday miss yap... u siap ya miss yap!!!

Happy bufday to you…. Happy bufday to you ….Happy bufday to youuuuuuuuuuuuuuuu

Allah selamatkan kamu…. Allah selamatkan kamu…. Allah selamatkan kamu….

Huhuhuhu….. happy bufday to my housemate…. baru masuk 22tahun…. Huhuhu….dah bertahun tahun aku tinggal umur tu =P…. Masa tu tengah diulit buku buku kat USM…. Huhuhu…syahdunya kalau diingat ingat balik…. Tapi budak ni…. dah pegang duit berkepuk kepuk tau…. Dah pakai zara, dah pakai doreti perkin, dah pakai forever 21, dah pakai aldo…. Hahhaha…. Aku masa umur tu… reti pakai spendo  jer.…. Hahhahaha…. Kat Penang apa yang ada masa tu… Bukit Jambul dengan Prangin Mall jer… plus Komtar sekali lah….hehehehe….


Ni saja suka suki celebrate bufday dia… kebetulan ada opismate ni…. wife dia jual kek… macam macam jenis kek jugak ada…. Mention jer nak kek apa semua boleh… tapi tuk kali ni beli kek caramel sebab budak ni asyik duk cakap nak makan kek caramel tapi aku jer booo layan…. Sebab ingat nak beli masa bufday dia… kira ni lah masanya….


Plannya nak surpriseskan dia….. tapi ari ni dia mungkin dah full sebab sepupu dia pun celebrate bufday… tapi sebab dah plan lama aku on jugaklah….. nanti yang lain lain boleh tumpang semangkuk….hehehehe….. so menu for all today…. Kek caramel, bihun goreng dan fun fries…. Tu sajorkkkk




sempoi jer gambar....ahakssssssss

Monday, October 15, 2012

Hantu Kapchai....


Sana sini sinunnnnnnn cakap pasal movie ni…. best sangat ker???? Haishhhhhhhh last tengok wayang… 31hb ari tu….. orang p sambut merdeka, aku p tengok wayang…muleh???


Lepas tu sebulan lebih dah tak tengok wayang…. Okayhlah tu…. Lagi pun sekarang semua dihujung jari… citer keluar kejap jer kat panggung dah boleh download kat internet…. Jimat duit… pokai bayar bil jer nanti….


Yang bestnya download citer ni… dah agak agak citer tak best boleh skip… kalau best sangat pun boleh ulang tengok banyak banyak kali… hahhahha ko adooooooo??? Tapi kalau selalu selalu download pun tak best jugak…. Nak jugak rasa tengok kat panggung wayang kan??? Nak jugak tengok sambil makan popcorn, makan cekedis… minum air coke, strawberry ker…. Kalau kat umah mana ada semua tu… abis abis minum air sirap jer….



 So…. Apa kata untuk hantu kapchai ni kita tengok kat panggung…. Hahhaahhaha lama siot aku tak g ukur panggung wayang berapa inchi panjangnya… ukuran masih sama ke atau panggung wayang dah terkecik sikit????


Friday, October 12, 2012

Jam kedua tahun 2012...pewitttt

Akhirnya…. Cer sambung… malas nak melayan??? Okayhlah aku sambung sendiri…hiksssss….


Aku ermmm jam ni rasanya lepas aku beli guess itu hari…. Dalam sebulan 2 lepas dapat guess aku mula berkenan kat jam ni pulak…. Kekdahnya tengok ramai artis pakai jam ni… antaranya Intan Ladyana, Yuna, Qi, Erin Malik, Almi Nadia… hahhhhhhh tu yang aku perasanlah….


Masa g beli semalam ingat ada diskaun sebab Jusco OU tengah sale…..sekali jam ni tak masuk list sale…. Hampeh jer…. Lepas raya awal awal ari tu ada diskaun jap dalam 20% tapi sekarang yang adooooooooooo


Tanya my partner…. Nak beli ke tak sebab tak de diskaun…. Dia cakap tak kuasa nak datang balik…. Senangkan pemikiran orang lelaki ni???? selalunya kalau pompuan mesti pikir banyak kali kan???? Hahahhaha lagi lagi aku…. Buat apa nak bayar lebih kalau kita boleh dapat harga borong…. Eh eh… tagline Mydin pulak kuar….


Tadi sebelum masuk mall jenuh berpusing cari parking…. Dia pulak jenis yang tak sabar…. Grrrrrrrrr…. Tu belum lagi aku ajak g IKEA… parking kat sana MasyaAllah… susah kan main… ramai sangat yang nak g makan meatball!!!


Tu pasal ada diskaun ke tak de diskaun ker tak jadi hal pada dia…. Lagi satu promoter jam kat kiosk tu pulak g toilet… mamat yang jaga lagi satu kiosk tu berbulu jer aku tengok… langsung tak nak datang tolong…. Padahal satu company okayh!!! So… mahal ke murah memang kena beli gak… gigih tu kitaorang kuar lunch hour memasing tuk beli jam jer… nak makan pun tak sempat….pastu counter bayaranpun sama… yang q bukan main ramai… yang jaga mesin kaunter sorang!!!! grrrrrrrrrrrr






aku punya....huhuhu....

Thursday, October 11, 2012

TOPUP FREE!!!

Hadiah sopink…. Cer teka kat mana dapat…. Nanti kita bagi hadiah topup RM5….okayh tak????



Wednesday, October 10, 2012

Apa kes???

Kesian dia….. lama giler tak bawak g mandi…. Dari lepas raya baru sekarang dapat mandi…. Huhuhu…. Kalau orang memang dah berbau busuk tahap sesak nafas dah ni….


Brother yang cuci keta pun pandang aku atas bawah tak percaya pompuan punya keta boleh sekotor ni…. malu siot…. Cer bayanglah luar dalam kotor…. Sampaikan tengah vacuum duk senyum senyum kambing kat aku…. Wakakakkaka…..aku tahulah giler berpasir dalam keta tu…. Mana taknya dekat 2bulan tak basuh tau….


Ni tak tau berapa bulan pulak aku boleh tahan…..huhuhuhu….dasar pengotor!!!






Tuesday, October 9, 2012

Sebab Sebab Mengantuk Semasa Di Opis….

Mengantuk sihhhhh….. masa aku tengah batuk gong gong tak de pulak rasa mengantuk walaupun bertan tan aku minum ubat batuk…. Sekarang bila batuk dah tak de….mengantuk yang amat….


Rasanya nak jer tongkat mata ni dengan batang mancis…. Tak pun saletape jer kan…. Grrrrrrrr


Rasanya factor factor yang membuatkan kita dilanda syndrome mengantuk kat tempat keja adalah….

i)                    buat keja memanjang tanpa mengular buka internet sana sini….

ii)                   meja sebelah anak boss, anak sedara boss, sepupu sepapat boss, rakan rakan    boss…. Nak gular buka internet takut kena report….

iii)                 Boss ada sepanjang masa kat opis… lagi parah duk kat depan kita or sebelah meja kita….=P

iv)                 Boss asyik ermmm kita…. Tak senang duduk jadinya!!!

v)                  Boss letak cctv betul betul kat atas kepala kita….kurang asam punya boss….=P

vi)                 Pernah kantoi dengan boss masa curi tulang…. So boss memang dah tak percaya kan kita lagi…

vii)               Boss bagi keja yang berlambak lambak sehingga mata jadi berpinar nak tengok huruf huruf kat skrin….

viii)              Lagi parah…. Kita sebenarnya tak de keja tapi boss ada kat opis dan duduk disebelah kita…. Ngantuk giler beb!!!

ix)                 Tido lewat semalam…. Effect nya satu ari mengantuk kat opis….

x)                  Stok Nescafe kat opis dah abis…. Grrrrrrrrrr

Monday, October 8, 2012

Syukur padaMu ya Allah….

Alhamdulillah….hari ni batuk dah makin berkurang… tak seteruk hari hari yang lepas… syukur sangat….seksa sangat masa tengah batuk, malu pun ada…. Satu opis bergegar…. Dan yang batuk tu adalah aku…pompuan…. Hikss… nak buat macam mana… bukan kita mintak nak batuk batuk macam tu….


Kalau nak ikutkan sejarah batuk sepanjang hidup ni…. ni yang paling teruk kot…. Mana taknya… sampai 4 brand ubat batuk aku telan… kalau korang nak tahu…aku ni spesis susah nak telan ubat…. Sakit macam mana sekali pun selagi boleh ngelat memang aku ngelat dari makan ubat…. Mind dah set…. Ubat ubat….sengal jer!!! Pastu terus tak boleh nak telan… duklah dalam mulut sampai ubat tu pahit… dan aku buang dalam sinki… kalau ubat tu lepas kat tengkok aku kira happy sangat….


Selalu jugak ubat yang sepatutnya kena makan 2 biji aku ngelat makan sebiji… hehehe….  Sebab tu bila nak kurus badan ni… ramai betul duk offer suruh telan ubat… idak lah teman beli… karang membazir jer…. So nak slim melim ubatnya kenalah diet giler giler…. kalau terbabas makan jadilah tong dram balik….


Sapa penakut telan ubat kat sini??? Meh kita hi-five sesama…=P






Saturday, October 6, 2012

kisah semalam....

Semalam buat keja giler…. Otw atar adik aku balik kampong kat stesen bus Putra terus drift g hospital Sungai Buloh…. Plan asal sebenarnya nak tengok hantu kapchai kat midvalley… dah tengok movie tu start pukul 11.30 pm… so memang sempatlah… sebab aku kat stesen bus tu dalam setengah jam jer….


Otw nak g stesen bus tu… ya ampun jalan jemm giler…. Kat depan kitaorang pulak ada bus tengah q panjang nak masuk stesen tempat naik bus… masa tu jam pulak lagi 3minit nak kol 10.00 malam…. Tiket bus pulak ngam ngam kol 10…. So nak tak nak kena turun jalan kaki sikit p stesen bus… menonong jer aku nga adik aku bawak beg… nasib barang tak banyak….


Sekali masuk dalam putra tu…. Bus tak datang datang lagi…. Yalah jalan jemm teruk sangat semalam….semua stuck kat depan The Mall tu…. Tunggu punya tunggu…. Last last bus yang adik aku naik tu bus yang duk betul betul depan keta kitaorang tadi…. Asparagus sungguh…. Buat penat jer jalan kaki menonong tadi… semput sekejap aku… dengan batuk yang amat, sesak nafas sikit…. Aduyai………


So…. Lepas antar tu ingat nak terus g tengok wayang…. Tapi bila pikir batuk yang gong gong ni…. terus cancel… tak nak lah nanti kena maki free dalam panggung wayang!!! So pecut g hospital Sungai Buloh… konon tak nak kena double pay kalau g private…. Bukan tak boleh claimed…. Boleh tapi limit claim tu yang buat aku menyampah….


Sesampai jer hospital…. Buat saringan apa… baru dapat no untuk jumpa doctor…. Masa tu dalam pukul 23.17…cer tukarlah sendiri…hiksssss… manusia ramai yang amat…. Okayhlah… ramai yang sakit bukan aku jer yang sakit…. So tunggu punya tunggu dalam dekat pukul 1.00pagi tak dipanggil panggil…. Mmmmm tu lah kalau g hospital kejaan… mintak maaf bukan nak mengutuk… tapi kenyataan!!!


Ada seorang kakak tu siap pakai face mask lagi… and tempoh dia menunggu lagi lama daripada aku…. Agaknya dah lost control…. No memang duk stuck tak bergerak gerak… aku pun angin…. Berapa kali ulang g toilet sebab batuk yang teruk semalam buat aku rasa nak muntah… tapi tak denya muntah….kakak tu masuk sound doctor yang tengah cek patient… tak tau apa dia cakap… tapi tengok muka dia bengang betul…. Agaknya mesti doctor cakap nga dia sabar… orang lain boleh sabar…. Huhuhuhu…. Doctor tu silap besarlah… kalau betul dia cakap macam tu…. Kalau yang kat luar tu semua dengar aku rasa mahunya gegak gempita hospital tu…. Gilo ke apa… semua dah ilang sabar tau… seorang pesakit masuk dalam +-8@10minit..... Lepas tu no tu stuck dalam 20@30minit.... Angin tak????


My partner pun mulalah… terus ajak aku g spital lain… padahal masa tu tinggal 10orang jer lagi baru giliran aku….. tapi biasalah no giliran kat klinik kejaan… satu bilik doctor tu angka giliran ada 3@4 no yang kepala lain… means… 10+++, 20+++ dan 40+++…. Aku yang 40+++ last…so nak tunggu dia route rasanya tak keja aku ari ni!!!!


So nak tak nak terpaksa blah jugak sebelum partner aku bertukar jadi orang hijau…. So kitaorang pecut g HKL… kekonon kat HKL bajet orang tak ramai macam kat Sungai Buloh ni…. sekali amik kooooooooooooooooooooo….. dah lah parking kena bayar walaupun kitaorang cuma lalu jer…tak berhenti langsung…per entry maaaaaaaa… oh my gomen!!!!


Sudahnya…. Pegi layan bihun tomyam yang pedas berapi…. Lepas tu singgah 7eleven beli ubat batuk baru…. Hurix, beli fisherman friend, pastu beli vicks…. Mmmmmmmmmmm alkisah semalam….






p/s: jangan tanya gambar…. Tak de mood nak amik gambar langsung!!!!

Friday, October 5, 2012

jangan marah....=)

Hehehe…. Tengok kat blog falsya…. Entry pasal tak boleh nak follow memfollow terpanggil nak story jugak… kat blog ni pun ramai yang dah follow kita tapi bila nak follow balik yang dah follow tu tak boleh…. Tak de link… lagi parah kita ni pulak buta IT… so, mintak tolong ya… sesapa yang dah follow dan kita still tak follow balik… tolong tinggalkan link ya…. Tq


Pada awak, awak, awak, awak dan awak jugak…. Kita mintak maaf ya kalau tak follow balik sebab kita memang tak boleh nak follow awak sebab kita tak tau nak click butang mana…..=(

cerita orang yang dah lama tak g Uptown...=P

Hoholicks…. Lama tak dengar iklan sengal masa bulan puasa ari tu…. Tapi sebab iklan sengal tu holicks jadi minuman asasi sekarang….. wah tak menahan minuman asasi… lantaklah labu…


Nak citer apa sebenarnya??? Memula nak citer dah gaji… dah bayar semua benda mak nek… dah sesak balik… mmmmmmmm apa lagi???


Nak citer pasal hasil rembatan dekat uptown… lama giler tak g uptown… pegi uptown sebab nak beli bateri….hahhaha macamlah kedai lain tak jual bateri…. Beli bateri lampu dengan bateri SmartTag…. Lepas tu jalan jalan cuci mata…. partner beli baju 2helai… aku??? Nak beli baju memang tak lah… semua baju besar gabak… dahlah badan sekarang macam dipampam mmmmmmm kirim salamlah kat baju t-shirt…. Sekarang cuma beli baju keja…nanti kalau ketat boleh bagi alasan tak de baju nak pakai g keja…huhuhuhu….boleh beli lagi dan lagi dan lagi….


Lagi beli apa ya??? Ooooooo okayh… lagi beli ubat cuci silver… kasi kilat semua silver yang ada jadi macam baru… huhuhuhu…. Yang kelakarnya mamat kedai silver tu offer kain cuci silver… ingatkan rega sehenggit sekali sama dengan harga sebotol ubat cuci tu…hahhaha tak pelah bang…. Saya cuci pakai tisu jer nanti….grrrrrrrrrr






hahaha...tak sanggup nak tengok ubat batuk ni....tulungggggggggggggggggg

Wednesday, October 3, 2012

hehehe....

Baru lepas buat transaction duit…. Huhuhu tak pernah pernah lagi duit tinggal 6.23sen dalam acc gaji… selalu paling cikai pun sebelum gaji mesti tinggal dalam 50+++ sekarang amik koooooooooo…..


Nasib ada cash kat tangan dalam 180++…. Banyak ker??? Hahhahha 150 nak p masukan kat cimb… so duit kat tangan sebenarnya ada 30++ jer…. Hohoho…. Ko adooooooo??? Alkisahnya ada dlm 100++ tapi dah awal bulan ni…. menyinggah speedmart dari nak beli beras jer…. Terbeli sekali barang barang toiletries…. Haippppppppp masa masa tak de duit ni lah semuanya nak abis…. Sabun basuh abis, shampoo, ubat gigi, berus gigi, shower auwwwwwwwwww…. Dah terspent kat situ 60++….ehhhhhh kat speedmart ada jual ubat batuk…. Hahhahaha sengal tol baru tahu… alang alang dah batuk teruk sangat ni….beli ubat batuk breacol situ….ahaksssss…. sekarang ni musim batuk ker??? Aku batuk teruk ni… rasanya bergegar opis setiap kali batuk…gong gong…dah rasa macam gong xi fa cha dah ni…


Aduhhhhhhhh terbantut jap…. Tadi tiba tiba teringat parking coupon lupa nak letak kat kereta…. Berdesuppppppp lari pergi letak sebelum kena saman dengan MPPJ…. Asparagus betul!!!

Nanti nanti kita sambung ya…..idea dah yilekkkk =P

Monday, October 1, 2012

tension tension tension....


Lately ni asyik tension jer keja aku…. Tension plus marah… tak baguskan??? Lagilah tak bagus pada pesakit thyroid!!! Tension dengan keja, tension dengan adik sebab selalu balik lewat…. Hari hari duk citer kena buli dengan opismate tapi tak reti nak lawan balik… bayangkan masa 1st day keja 6.30 baru kuar opis…. Cer bayang macam mana tak tension aku yang duk tunggu dari pukul 6….. mmmmmmmmm


Sekarang tambah tension bila tengok sewa, bil2 bulan ni…. rasa macam aku kena g buat medical checkup jugak ari ni… pitam jap….=(


Wat to do…. Tension ker marah ke…. Kena hadap jugak…. Moga aku diberi kesabaran yang tinggi untuk lawan perasaan marah ni… syohhhhhhh jauh jauh setan!!!!