Saja gedik nak buat sembang jumaat
macam ni… kita tengok berapa lama bertahan….hikhikhik…. doa doakan I rajin
sampai tahun depan…
Okayh… insyaAllah setiap Jumaat
kita sembang share tips tips yang positif, baik, apa apalah janji mendatangkan
aura positif pada diri kita… tak banyak dapat aura positif tu sikit pun
jadilah… huhuhu….
Okayh untuk kali pertama ni nak
share tips tuk pesakit gastrik (aku ler tuuuuuuuuu) apa yang bagus kita kongsi
kongsi bersama… okayh jommmmmm….
Gastric selalunya boleh dapat bila
kita lewat lewatkan makan, saja tangguh tangguh makan sebab nak buat itu ini…
kadang ada jugak tak makan sebab malas nak g beli makanan (aku ler tu) lebih
parah lagi saja tak nak makan sebab sayang duit… hoiiiiiii ni dah keja giler
okayh… ingat tak makan boleh sihat ker???
Gastric boleh berlaku bila perut
mengeluarkan asid untuk mencernakan makanan tapi perut ko tu kosong… abis nak
cerna apa bila perut tu kosong??? Yilek… asid ni kuat tau… bila terkena tangan
kulit akan terhakis… (sumber Pakar Perunding Umum Pembedahan Laparoskopi,
Dr. Mohd. Faisal Jabar)
Okayh… so sesapa yang selalu lewat lewatkan makan tu jangan amalkan lagi…
sebab sekali terkena gastric yang aku ingat cuma mati jer…. Okayh jom cerita…
hari Isnin tarikh tu dah lupa… pagi tu pergi keja macam biasa I sarap dengan
milo+oat jer… sampai opis buat kerja cam biasa… tengahari I cuma amik roti gardenia
yang 70sen tu… ehh ehh ke dah naik harga??? Wakkakakaka… I makan dua okayh…
then balik keja tu I singgah workshop tambah gas aircond… panas macam dalam
oven bila masuk kereta okayh.. tu belum lagi ko masuk kereta waktu tengahari…
rasa macam ayam golek dah aku rasa… panas hoiiiiii…. Hari tu jugak tayar keta
flat… so tampal sekali lah…
Perut time tu memang dah lapar… tapi lepas setel semua tu tak boleh balik
terus… nak kena singgah Segi beli barang dapur… sampai umah memang dah lapar
giler… so I makan roti lagi… kali ni roti nga sardine…. Tengah makan tu perut
start sakit… sakit kat area pusat belah kanan… I ingat nanti okayhlah… sampai I
mandi, sembahyang, tido… dalam pukul 9.45 malam macam tu baru I makan nasi… hoi
dekat pukul 10 malam baru nak makan… acamner tak gemuk hoiiiiii…
Lepas makan tido… terbaekkkkkk sangat… esoknya I bangun nak g keja sakit
tu ada lagi… yang lagi teruk tu makin sakit… sampai masuk opis lewat… pergi
kerja tak sampai setengah jam I dah macam orang giler sakit… nasib baik masa tu
dispatch ada kat opis… mintak tolong dia hantar pergi klinik… I dah tak boleh
drive tau… sakit yang amat… masa sakit tu tak pikir gastric… yang I suspek
apendik… takut wes… takut pecah kat dalam perut tu… kan
I dah sakit dari semalam kan…lama
tuuuuu
Pergi klinik checked… gastric rupanya… tapi doctor pomp tu kejam tau… dia
bagi ubat gastric warna kuning… selalu kalau gastric doctor bagi ubat air putih
tu kan??? So
lepas makan boleh lega sikit… ni ubat kuning tu… macam tak okayh… I sakit nak
mamp… I agak doctor tu saja nak pauuuuu
jer… sebab siap pesan kalau tak baik u datang sini lagi okayh….hummmmmmmmm
I nak citer pasal tips gastric kan???
Wakakakakaka… dah apa aku melalut ni…. Okayhlah nak bagi tips…
-
Pepagi
buta dalam 6.30 camtu… silalah amik susu… tapi if tengah sakit menggila tu
dinasihatkan jangan amik susu… sebab aku pernah buat… time tu lah sakit rasa
macam nak mati… semua tak kena… sakit yang amat… rupanya pergi toilet kentut
boleh kasi lega sikit…. Hikhikhikhik….
-
Dinasihatkan
jugak makan or minum dalam tempuh paling lama pun 2jam… tak boleh biarkan perut
tu kosong… sebab perut akan keluarkan asid… asid tu yang menyebabkan perut
sakit dan angin dalam perut tu akan naik ke atas menyebabkan sakit kat dada…
-
Rasa annoyed sangat kena makan setiap 2jam kan??? So nak senang
beli kurma ke kismis ke as a snack… lagipun kurma dengan kismis tu amat amat
baik tuk sakit gastric… so memang wajib makan 2 benda tu sekarang… kurma kan
makanan kesukaan nabi… amalkanlah… Cuma susah sikit nak cari sekarang… kalau
bulan puasa Speedmart pun jual… hikss
-
Tetapkan makan lunch like is ko makan setiap pukul 1
kan… so kalau boleh makanlah setiap pukul 1… jangan lambat lambatkan lagi… nak
sihat ke tak???
-
Boleh amalkan yakult… hahhhhhhhhh yakult ni memang
sangat bagus untuk perut… kan
dia ada bacteria baik… so masa tengah sakit pun boleh minum jer yakult… sekarang
I nak g mana mana pun mesti bawak yakult walaupun nak g OU jer…hehehehe….
-
Lagi satu cuba try makan Qaseh Gold… ni pemakanan
lengkap untuk kesihatan… dia punya kandungan ada madu, kurma, herbatussauda,
buah tin dan banyak lagilah… tak ingat yang ingat tu jer… ni makanan sunnah…
baik tuk diamalkan… I tak jual benda ni… if nak try google mana nak beli okayh…
-
Orang cakap tak elok makan jajan kan…. Wat to do… if tak nak perut kosong I
amik jugak jajan… just makan untuk elak perut kosong jer… lagipun untuk
sementara jer… sekarang alhamdulillah dah stop amik jajan… sebab perut dah
makin baik…dah boleh biarkan kosong dalam 2 3jam…
-
Setiap penyakit ada ubatnya… kecuali matilah… dan
pintalah dengan Yang Maha Kuasa… semoga diberikan kesihatan yang baik… dan alhamdulillah…
sehingga ke hari ni… gastric ni makin sembuh sepenuhnya… syukur sesangat….
Semoga tips ni berguna untuk
korang yang ada gastric… ini semua ditulis berdasarkan pengalaman sendiri… mana
yang baik kita kongsi bersama…mana yang buruk kita tinggalkan… harap dapat
membantu…=)