Saturday, February 26, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

10 Petanda Dia Jodoh Kita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

sad....

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Sedih betul ari ni.....sedih sesangat...xtau nk tulis mcm na....yg pasti tgh menaip pun air mata aku berterabur jatuh....benda ni terlalu sensitive utuk aku kongsi....ma aku kata xsemuanya kita blh kongsi kadang2 kena jgk simpan tuk diri sendiri...

Kisah sedih ni berjangkit-jangkit dari minggu lepas bawak ke minggu ni....ntahlah sedih sampai xblh nk citer....

Monday, February 21, 2011

blood test???

Sebenarnya aku baru lepas buat blood test tapi result xkuar lagi....lambat lagi takut mmglah aku takut nak nunggu result tu....klah aku debar tggu result peksa....xkisahlah peksa apa spm ke stpm ker....mmg bdebar gila k...

Sebenarnya ada benjol kat tengkuk aku tu yang aku terpaksa buat blood test ni....dr. xtau sakit apa tp mmg dia suspek thyroid...takut gila aku bila pkr bila bengkak ni membesar hudohnya kat tengkuk aku nanti....mintaklah dijauhkan dengan penyakit ni...

klau nk ikut ari ni dah masuk ari ke 3 rasanya aku balik dari buat test tu...tp sakit bekas kena suntik amik darah tu sakit sampai skrg...mayb aku xpnh amik derma darah banyak2 macam tu kat mana2 spital pun sebelum ni....byk gak nurse tu amik....ms aku suspek denggi tu xdelh sebanyak ni...amik pun kat jari jer....ms aku suspek sakit jantung pun amik kat jari jer....(byk betul aku kena suspek ni....) tapi kali ni amik kat lengan pulak dah....dah lah aku xtengok langsung jarum picagari tu....tau2 dah siap satu tiub dia amik....

Saturday, February 19, 2011

think positive.....

Y??? dari semalam duk bergerak-gerak....dahlah belah kiri.....org kata kalau belah kiri ni negative side jer...takut aku dibuatnya....harap xde apa2 lah...

Tapi smlm ma aku call bagitahu benda yang aku xtau nak klasifikasi hal tu benda baik ke buruk...sbb klau nak ikut xde kena mgena langsung nga diri aku...tapi entahlah....tapi ma aku terasa gila2 sbb dia pikir dia tu mak, lps tu pinjam harta anak dia....spttnya dia kena tahulh sebabnya...tapi side aku pula, aku pikir ma tu still diaorang anggap org luar tu pasal dia xnak citer....

Worried gak....sbb mesti problem besar kalau tak denya nak datang jauh2 mcm tu....lagipun datang mengejut mmg buat org tertanya-tanyalah....ntahlah harap xde benda buruk macam yang aku tengah pikir skrg ni....no no no.....

Lagipun ada 3 orang kat sini xtau sapa punya kes....jadi aku buat2 xpikir sangat pasal tu...biarlah nanti esok2 mesti tahu jgk....lagipun tu hak dia untuk kunci mulut dulu sbb dia pun xtgk nga mata kepala sendiri lagi masalah tu....kan bercerita beria-ia padahal hal tu xde lah besar sangat pun....so think positive k.....

Muhammad Haikal Harris.....


Rindu giler kat budak kecik ni.....kecik ker??hahahahahahhaa...klau korang nak tahu ni ari pertama buat balik umah lepas dia lahir kat hospital besar Kota Bharu...dia mmg special sampai kena lahir kat KB...abg nga kakak dia lahir kat spital biasa kat Pasir Mas jer...

Mmg sejak kakak ipar aku preggy lg dia dah bagi masalah huhuhuhu...kluar masuk spital ampang jer seingt aku...yelah kisah ni dh lama skrg pun umurnya dah 3thn lbh...

Dahlah dia lahir betul2 jatuh pada ari cristmas kira ni hadiah cristmaslh....ingt lg ms tu kat umah kitaorang tgh happening sbb ada majlis tunang abang aku....dia pula nk kuar jugak time tu sudahnya xsempat aku nk siapkan barang hantaran abg aku yg nak bertunang tu....

Lahir2....amik kau....5kilo...huhuhu...tu yang besar gedabak mcm budak umur 5bulan tu padahal umur dia kat gambar tu xsampai pun lagi 48jam....dr. smpai amik dia buat ujian diabetis, jantung etc lh...mmg kelakar...aku ingt lg bila aku tgk dia aku tekan dahi dia sbb nk tgk gemuk bengkak ke apa...hahahahaha

Mmg hadiah terbaeklh....smpai skrg xblh cakap lagi....hehehehe...

bengkak apa???

Bengkok apa kat leher aku ni....takutnya kalau tiriod...janganlh dapat sakit tu.....walaupun banyak gejala yang sipi2 je kena...tapi aku Tetap 100% takut...tapi ni semua kuasa Tuhan...harap aku xdapat sakit tu...tapi andai kata sakit tu jugak...kuatkan hati aku menempuh dugaanMu ini ya Allah...sesungguhnya aku manusia biasa semoga aku menjadi lebih kuat dan lebih mendekatkan diriku denganMu....dan sekiranya penyakit ini adalah satu cara terbaik untuk aku mendekatkan diriku padaMu....aku rela ya Allah....kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya dariMu dan yang buruk itu adalah dari diri aku sendiri....

Moga aku diberi peluang untuk bertaubat atas segala dosa2 aku...moga aku diberi cukup waktu.....

solat sunat taubat....

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat
Seperti yang pernah disiarkan oleh blog — justkhai.com beberapa minggu lalu, kami di Oh! Islam menyiarkan’nya kembali bagi memudahkan anda membuat rujukan. InsyaAllah suatu hari nanti, semua orang Islam akan memerlukan ini.
Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
• Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
• Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
• Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
• Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
• Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
• Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
• dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Friday, February 11, 2011

sekadar ingat mengingati.....

SEBELUM TIDUR
Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
Tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam
yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Subhanalloohi Walhamdulillaahi
Walaailaa haillalloohu alloohu akbar (3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

mulakan hari ni dengan zikir....

Ya Allah Ya Allah Ya Allah....
Pagi Jumaat ni mulakan hari anda dengan berzikir dan mengingatiNya sbb xrugi jika ingat kat Dia...

Semoga kita mendapat keberkatanNya ari ni, semoga kita dijauhkan segala bala untuk ari ni, esok dan hari2 yang seterusnya...

Belajar menginsafi diri kerana kita tidak sempurna semakin di cari kesempurnaan itu semakin kita tahu kekurangan diri...MasyaAllah...

Belajar juga memaafkan orang lain kerana kita akan mendapat ketenangan daripada kita menangung api kemarahan sehingga amarah menguasai diri dan setan laknatullah bersorak riang...



Semoga ketenangan sentiasa mengiringi kita....

Thursday, February 10, 2011

lewat sikit jadi lewat banyak!!!!

Angin satu badan smlm...ni sambungan story mori smlm....lewat sikit apa bendanya aku tunggu dekat 2jam setengah. Malu kat mamat jual air tu duk jeling2 aku...abis semua lagu kat mp3 telepon aku dengar....sakit ati betul!!!!

Saja jer nak buat aku angin....dah tahu aku ni berangin satu badan nanti karang dia gak yang termalu sendiri bila aku keluarkan angin tu...dah lah janji nak mkn kfc...janji tinggal janji kru ada lah kat mp3 aku...mmg hampeh tahap cipan..

Hari ni buat janji lagi....datang lambat jgk ari ni mmg sah2 lh aku mgamuk...esok2 kalu kuar harian metro jangan xngaku aku ni awek sudahlh...mahunya 2ari muka depan surat khabar metro tu....

Syahdunya....

Wednesday, February 9, 2011

tggu ya za lewat sikit @ 4.56pm

Apa perasaan bila dpt sms mcm ni time2 nak balik cengini????Anginlah siot....ni dah lebey bagi betis nak peha pulak....dah lah tadi aku kira consider petang pun buat hal gak?? ni xde lain mst pg spital...kalau betul duk spital...sakit ati betul...tiba2 angin satu badan....

Gambar ni xde kena mgena langsung nga story aku tu cuma org yang bagi aku teady bear ni lah yang buat aku berangin skrg ni...

mood out!!!!!!!!!!!!!!

bilik aku daaaaaaaaa.....

Ni aku nak expose bilik aku....yalh kalau aku xbuat siapa lagi nak buat kan...xkan housemate aku nak curi2 expose....xpun xkan ma aku nak tolong, komputer pun dia xreti daaaaaaa...

Ni langsir bilik aku mmg 100% kerja tangan aku...mmg aku jahit sendiri tapi jahit tangan jer sbb xde mesin jahit mcm mak cik aku...kalaulah mesin jahit tu murah nak je aku beli sebiji letak kat umah sewa aku...bila free2 boleh gak aku belajar jahit...alah bukan sshnya pun tahu basic InsyaAllah boleh ler...lagipun aku sll tolong mak cik aku dulu dia just jahit lepas tu jahit tangan mmg totaly pas kat aku...bukan stakat baju aku baju2 sepupu sepapat, sedara mara semua campaknya kat aku...lagi satu dulu dia suka jahit baju aku lambat2...esok nak raya malam baru siap hampes tol....

Nampak mcm best x tempat aku tido ni?? Huhuhuhu....mmg best tahap cipanlah sampai aku terbabas banyak kali dah...ingat pkl 6pagi skali pkl 8 daaaaaaa....ni semua sbb tido syok gila babas plus gelap gila sbb aku ttp tingkap nga plastik smapah hitam tu...mmg terbaeklah....

Comel x dinding aku??hihihihihi....saja jer aku nak snap gak...tu dinding penyewa lama yang buat...tapi quite nice kan??? aku suka sangat sbb dia creative xmcm aku xtau nk buat langsung....pas tu aku sengaja nak sakitkan tengkuk amik gambar mcm tu...jangan marah k....peace...

laser.....



Tiba2 jer aku nk story pasal laser padahal dah xrelevan dah skrg...al-maklumlah musim bola dah abis....Julia Perez mesti gelak sakan kat aku ni....lantaklah

K...sbenarnya gambar ni dah lama...dlm 2@3 minggu lps games tu lah...aku nga my soulmate g uptown saja cuci2 mata...kat situ kebetulan ada org jual laser ni....mak oi mahal tu...byknya duit korang beli laser masa games bola ari tu....tiket bola pun aku dengar dah naik harga...tambah lagi beli laser mmg korang banyak duit lah....meh pinjam skit...nk buat tampal gg...sbb aku tgh sakit gg ni...simen tercabut daaaa...

Tapi masa aku snap gambar tu aku tgh gemuk giler...cuba tgk jeans aku tuh....ketat mak oii....tapi masa tu xsedar diri lagi...mkn xcontrol lagi....the best part malam tu aku p melantak nasi lemak kat PJ lagi....tapi yang betul2 buat aku sedar diri aku mmg kena diet ialah masa aku nak kangkang naik motor xboleh siap selipar vincci aku terpelanting...hahhaha...lepas tu baru aku sedar diri....kuakuakuakua....

kihkihkihkih....


Klau dapat warna pink or merah lagi best....

Huhuhu....ni sbenarnya adik aku beli tuk bagi hadiah kat kitaorang nyer sepupu....tapi aku rembat dulu...kihkihkih....mmg baguslh lah mcm2 blh isi...huhuhu walaupun berat aku nak mgangkut naik bus ari tu tapi sanggup tu janji dapat barang free...kihkihkih....

Sebenarnya kalau aku nak sangat blh jer aku beli benda alah ni tapi yelah...benda free kan lagi best....huhuhuhu...lagipun sepupu aku nak kawin nun bulan 3...lambat lagi, ada ke adik aku tu dah standby hadiah...opps..ok dia xdapat cuti bulan 3 nanti tu pasal dia beli siap2 hadiah nanti ma aku boleh bagi masa kenduri...tapi xper lah kakak mu ini sudah merembatnya sbb terlalu berkenan...berkenan ke??? bolehlah barang free...

Ni lah sepupu aku yang xmyempat nak kawin tu...umur baru 22tahun...mmg jauh gilalah bezanya dengan umur aku...tapi nak buat camno 700ratus ribu sblm dia lahir lagi Tuhan dah tetapkan jodohnya dengan sekian2...so sapa kita nak halangnya??? Semoga jodoh aku pun cepat datang...huhuhuhuhu...

dapat angpow....

Ari ni my boss baru msk opis...so ari ni pun kitaorang dapatlh angpow...warna merah menyala lagi....sama warna dengan baju kak redmummy.... tapi yang sadisnya isinya pun merah gak...berapa keping tu xyah lah citer yo dok?kihkihkih...
Amik kau...bersepah-sepah akunyer drawer....

Sekarang dah lunch hour tapi penangan quaker oat yang aku santap pagi tadi kenyang sampai skrg...bagus betul dapat makan quaker oat...blh kurangkan kolestrol, blh kurangkan berat badan, blh kurangkan melantak nasi sbb bila aku makan mmg kenyang sampai ke tghari lah...

Al-maklumlah ari tu masa balik kampung aku mlantak xhingat...huhuhu...udahlah tali skppingnya xdibawa balik olehku...mmg menternak lemaklah aku dalam 4ari kat kampung tu...kejap kejap makan...mmg makan jelh keja aku masa duk kat kampung tu....

mahunya xtergoda bila tengok ayam cengini????

Mmg out langsung diet aku...nga kueh teow rebus lagi, buah jangan citer ler...berbakul2...kerjanya melantak jer dari celik mata sampai tutup mata...
Ni...gambar hiasan...kahkahkahkah....

Tuesday, February 8, 2011

Mazhab apa??

Baru balik dari surau kat opis...masa aku bukak pintu surau tadi 2 orang kakak Giant senyum2 sumbing...salah seorang tegur aku ckp dia dah nak blah dari situ...aku senyum plus angguk2 kepala je...kaki terus melangkah masuk ke dalam...bila masuk dalam of course lah mata aku terpandang seorang makhluk Allah ni...dia pada aku taraf mak cik2 lh bila tgk gaya dia...k lupakan pasal tu ada lagi best aku nak cite ni....

Jeng...jeng...jeng....huhuhu...aku tgk dia duduk kat atas sejadah...aku perhati lagi sbb aku nak sahkan mata aku dia tgh buat apa....memang sah tengah sembahyang Zohor...mmg semanyang Zohorlah sbb Asar xmasuk lagi...berbalik pada citer aku tadi...bukannya aku xterkejut sbb xpernah tengok org sembahyang...tapi aku terkejut sbb dia sembahyang mcm org lelaki tgh sembahyang....mesti korang xfahamkan???hahhaha aku pun xfaham apa yang aku tulis...huhuhu...senang citer mak cik tu sembahyang xpakai kain sembahyang macam kita kaum2 pompuan sembahyang...hah...tu lah apa yang aku nk gtaw..sori memeningkan kepala sikit....

Sementara dia concentrate nga sembahyang tu aku perhati je lh...mak cik ni betul ke x...begitu banyak kain sembahyang extra yang diwakafkan kat dalam surau tu boleh dia buat2 xnampak?? Nak cakap dia pakai stokin n sarung tangan mmg xde...mmg berkaki ayam nga bertangan ayam...

Xtaulah aku nk explain...mazhab apa yang dia anut....aku takut nak tegur sbb aku pun banyak yang xtau...hukum hakam agama ni kalau kita xtau baik jangan memandai...mungkin mak cik tu terlebih tahu pasal hukum hakam ni sebaliknya aku pula yang mmg xtau...kan kalau aku tnya kan aku pula yang termalu sendiri....tapi setahu aku yang bukan aurat pompuan muka nga tapak tangan jer...

Ulamak Mazhab Syafie sepakat, aurat wanita di dalam sembahyang, wajib menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Tiada terkecuali biarpun sembahyangnya seorang diri di tempat gelap atau di dalam khemah.(credit to FEKAH IBADAH)

Waallahwaalam...

kenduri kawin spoil kan masa cuti aku....

Sekarang aku nak crita pasal kenduri kawin bukan sbb aku yang nak kawin...turn aku mmg xtau bila lagi...lagipun ni keja Tuhan kalau ada jodoh aku ada ler...klau xde nak buat mcm na...bukannya aku xnak tapi serunya xsampai lagi jadi sabar lah...nanti2 smapailh tu jodoh aku...

K... sebelum aku membebel tah apa2 aku nak story pasal kenduri jiran aku masa aku balik kampung ari tu....meriah jangan cakaplah tapi xdelah sampai krew NONA datang cover story tuk TV3 hahahaha...yang sakit atinya kenduri kawin tu xde kena mengena nga kluarga aku lgsg...cuma jiran, aku ulangi jiran...tapi jiran dalam islam perlu kita berbaik baik...tapi ma aku ni dah melampau-lampau baiknya...masa kenduri kat umah jiran aku ni...ma aku dah berumah belum bertangga je kat situ sbb masih balik umah tido lagi kat umah sendiri huhuhu...tapi dah kira menolong secukupnyalh...3ari 3mlm dah...klau kenduri kawin aku nanti xtau lah dia mcm na pula kenduri anak orang pun dah mcm anak sendiri...

Time rombongan umah laki pun dia joint sama gak...abis buat aku balik? tido nga makan je lh keja aku...dah ada adik pompuan sorang pun xreti nk bersosial...mngadap buku je 24jam....ajak kuar skit rugi masa study...masa duk bergayut nga bf xrasa rugi pula...pelik betul aku rasa....

Semua program yang aku atur sebelum balik hancur...sudahnya aku yang dapat busuk nama....anak ella pun xg tgk...sah2 lah berbakul bakul aku kena umpat...sah2 lah duit aku pula yang melayan nanti...hissss cakap kena xcakappun kena....poning kepalo...

Ni gambar lama....tapi ma aku gak yang bersusah payah masa diaorang wedding tapi skarang nak tgk ma aku sebulan skali pun ssh...manusia2....

Ni aku yang bersusah payah gubah jangankan ckp terima kasih complen lapar ada lh padahal petang tu melantak nasi pengantin mcm org kebulur....

Ni adik aku satu2nya adik pompuan aku yang xreti langsung bersosial macam aku....hahhahahah

no more pic today....

Sori bebanyak sbb gmbr msh kat dalam hand phone so xboleh nk upload gmbr msk blog sbb utamanya...aku xbawak card reader dari semalam...mmg xingat langsung...lagipun handbag aku mmg dah berat gila dgn sgala reta moisturizer sbb yang aku tinggal kat surau dah kena kebas dek malaun mana tah...so skrg aku duk mgangkutlah moisturizer ni ari2 sbb aku xde yang lain dah....nampak gayanya petang karang kena singgah guardian beli yang baru xpun aku nk survey kat Giant ada x yang murah2 sbb aku just pakai untuk tempoh yang sekejap...dalam 2jam xpun 3jam tu pun kira lama gila dah kalau smpai 3jam...tapi kalau xpakai lgsg mmg muka aku mcm malaun yang curi moisturizer aku lah kot...

So nak x nak kenalh p beli jgk...tu belum lagi kira compact powder aku yang dh tinggal kat tepi2 jer....aduhhhhhhhhhh duit lagi...dahlah bulan ni aku kopak betul...

CNY punya pasal....

Aduyai....CNY punya pasal aku kena stay dlm bus 16jam....mak oi mmg tension gila yang pelik nya jamm bukan cina nak raya...melayu yang duk menumpang skaki....sumpah baik naik flight dari buang masa naik bus....buang masa, buang tenaga, buang cuti aku yang xseberapa tuh....

Bukan satu tmpat je jamm xsilap aku 4tempat kot....tensionnya tidur rasanya dah lama gila tapi bila bangun still kat tempat yang sama... mahu xmendidih aku dibuatnya...itu belum lagi nga kerenah driver bus yang bhenti lama gila masa kat tol Bentong....sakit ati aku dibuatnya....passenger pun apa lagi amik kesempatanlah merokok, buang air kecil, air besar mcm2lh....aku bukan apa kesian orang yang duk menunggu aku dari pkl 9 lbih sampai ke pkl 1.30am kat Putra tu...klau xlibatkan orang xpe lagi ni dh menyusahkan orang aduyai...pas tu esok paginya nak kena keja lagi....mmg harulh...

Masa tengah jamm gila2 tu xde pula aku terpikir nak snap gambar...mesti boring baca blog tanpa gambar kan? sori ler berbanyak....video aku amik tapi xbawak card reader pula nak transfer...

By the way....balik kampung mmg enjoy lh smpai diet aku ntah ke mana...haru gak....perut dah rasa naik balik....bayangkan masa aku balik jeans aku longgar jer tapi bila balik sini ketat amik aku...huhuhu....mana taknya balik kampung kerjanya makan jer memanjang....smpai nak balik naik bus pun ma aku siap tapau nasi nga ayam goreng lagi....hehehehe...

So mcm na nak diet ni?terbang abis usaha aku sbelum ni....so start ari ni kenalah balik menjayakan misi...dan kenalah p beli oat balik keja ni kat speedmart 99...sbb kat kedai tu jer murah...

lama sudah....

hai...lama sudah aku x hapdate blog ni....al maklumlah bila penyakit malas ni datang nak tengok computer pun malas...p/s:aku xde lappy...kesian kan??kua kua kua....di alaf baru semua orang pakai lappy aku jer yang xde mmg kelakar tahap cipanlah. Bukan apa kat opis ni masa free aku lebih banyak daripada masa keja so aku rasa laptop bukan jadi priority aku skrg...tapi kalau sikit masa lagi keja aku menimbung sampai nk on fb pun xboleh mcm aku keja kat PLM dulu mmg wajib lah aku beli...

Sekarang klau suruh beli mmg x lah...gila buang duit jer kat opis pun sampai aku dah cemuih ngadap pc aku ni...balik umah nak ngadap lagi?muntah badang lah aku nanti....tapi sapa2 yang ada lappy mmg lah nmpk stylo....stylo ker?lantak koranglh nak pk apa...aku xpeduli...dah ada benda free buat apa aku nk buang2 duit beli laptop n byr monthly broadband...kan??(Ni aku mention buat masa skrg bkn tuk slamanya..tp kalau dlm ms skrg aku dapat duit tersepak...mmg aku beli lh lappy satu...huhuhu)

Tuesday, February 1, 2011

nikmat bersyukur....

Sedih....tu jer yang boleh aku zahirkan sekarang....apa yang kita harapkan xmenjadi kenyataan....

Okey lah....buat apa nak sedih2 kalau dah tersurat bukan rezeki kita nak buat mcm na? menangis kluar air mata darah sekali pun kalau dah bukan rezeki kita mmg xakan dapat tuk kita...jadi bersyukurlah dengan apa yang kita dapat ni....