dengar perkataan tu dah takut kan??? tapi tulah kita yang tak tau apa apa pasal santau memang bahaya sangat....
ni aku nak story mori satu kisah yang memang benar serius tak tipu....tapi bukan apasal aku yang kena santau tapi adik aku rupanya dia terkena santau....santau tu dah duduk dalam badan dia around 2 years...tapi lately ni baru tahu.
itu pun sebab dia dah tak tahan tanggung azab....pastu masa kitaorang chat kat fesbuk dia terciter kat aku pasal dia sakit ni....of cos lah dia pun tak tau lagi dia kena santau hokey...
bila dia dah ngadu domba dah kat aku....aku pun terbukalah citer, ada satu malam tu....masa tu aku tengah jiwa kacau...tido pun tak tentu hala....tiba tiba termimpi pasal dia....tapi not exactly dia involve dalam mimpi aku....cuma masa aku mimpi tu macam scene aku dengar someone ngumpat dia...macam ni.... 'dia dah termakan, dah ada dalam badan dia dah....'
pelik tak mimpi aku tu??? tapi aku ignore jer sebab masa tu aku pikir ahhhhhh mainan tido....lagipun time aku mimpi tu dekat nak masuk subuh...
tapi selang 2 3 ari lepas tu dia chat chat nga aku...cakap sakit sakit tu...pastu dia pun cakap dia asyik mimpi benda tak elok jer....mimpi ular tedung lah, nampak something yang kita semua tak nak tengoklah...korang faham faham lah sendiri kannnnnnnnn
so starting situ aku dah rasa ehhhhhhh budak ni macam ada something yang tak kena....bukan nak cakap aku pandai dalam bab bab ni tapi kalau aku dah mimpi macam tu dia pulak duk tambah perisa...hishhhhhhhhh
yang hampehnya pula, adik aku ni lepas dia citer macam macam nga aku boleh pula dia cakap tak de apa mungkin perasaannya jer kot sebab dia tension belajar....lupa nak bagitahu adik aku tengah belajar kat UITM cawangan Kedah...
as a sister cehhhhhhh....memanglah aku worried pasal dia... so aku suruh dia bagitahu my mum...dia tak nak bagitahu sebab mak aku tu tengah pening pening lalat sebab adik bongsu aku g PLKN so mak aku ni tengah susah hatilah sebab anak bongsu dia tu mengadu macam macam....biasalah anak bongsu....
so aku decide nak bagitau mak cik aku yang duk kat Kedah jer....bila aku citer jer terus dia suh pak cik aku p amik adik aku tu kat umah sewa dia kat Sg. Petani kalau tak silap....sebab aku tak pernah pergi lagi umah dia....dan selama ni pun aku tak pernah amik pot dekat mana dia tinggal...aku cuma amik pot bila dia telepon mintak duit.....haissshhhhhhh untung jadi adik!!!
mak cik aku amik bawak dia g berubat nga sorang ustaz ni kat Baling....tapi dari situ tak tahu lagi dia ni dah kena santau....
masa kali pertama pergi, ustaz tu cakap ada benda nak masuk dalam badan adik aku....benda tu memang dah ada kat umah sewa dia tu....patutlah badan dia sakit sakit, lebam lebam kat merata tempat....tapi masa first pergi tak dapat nak berubat sepenuhnya sebab untuk buang benda yang nak masuk tu ustaz kena mandikan adik aku tu...tapi untuk mandi tu bukannya nak kena mandi pakai sabun lux bagai...ada ler barang barang yang perlu ada macam bunga, beluru etc...so mana nak cari on the spot macam tu??? so tak bolehlah buat sampai setel that day...
yang aku rasa angin satu badan ni....aku ingatkan adik aku ni dia stay lah umah mak cik aku untuk pergi lagi umah ustaz esok ari nyer...tapi, boleh dia mintak nak balik umah sewa dia sebab tak nak tuang kelas....hishhhhhhh tak ngikut peel aku langsung!!!!
berani tuh dia nak balik gak dengan badan yang tak sihat pastu sah sah benda tu memang ada kat umah dia....
bila balik tu biasalah benda tu duk berlawanlah dalam badan dia....sampai satu tahap dia pun tak tahan call aku nangis nangis....hishhhhh aku biasalah bebel tak abislah...dah tahu benda tu tak buang sampai abis degil nak balik....sekarang amik ko.........ishhhhhh jahatnya aku...
so, mak cik aku pergi amik lagi sekali...ni yang bab santau...masa berubat tu....ustaz tu memang lama gilerlah berubat adik aku....adik aku pun memang nampak letih sesangat....rupa rupanya ustaz baru nampak yang dia tu sebenarnya dah kena santau!!!!
santau tu dah ada dalam diri dia dah dekat 2 tahun...perghhhhhhh lama tu.
sebab tu lah dulu dia penah sakit giler tapi bila g jumpa doc, doc cuma bagi ubat migrin... sebab keadaan tubuh dia yang lemah tu lah ada benda lain pula nak menumpang....tu lah pasal yang duk bertenggek kat umah dia tu nak masuk jugak....sebab dalam badan adik aku tu ada kawan tuk dia buat kawan....
so masa berubat tu ustaz nampaklah santau ni....santau yang dia kena ni bukan santau yang orang antar tuk bagi dia sakit....hisssssss senang citer bukan santau yang orang buat nak tuju kat dia....
santau yang dia kena ni....santau yang dilepaskan oleh pengamal santau untuk membebaskan dirinya....ahhhhhh something like that lah..... ada jugak aku pernah baca pengamal santau ni dia macam ada satu botol kecik santau tu aku memenuhi botol tu dan apabila botol tu penuh dia perlu lepaskan santau tu supaya dia dan ahli keluarga dia tidak mendapat sakit....macam tak nak santau yang dia amal tu makan tuan baliklah....
dan nak dijadikan citer dalam 2 tahun lepas adik aku masa tu tengah belajar diploma kat UITM Terengganu....so santau tu berkeliaran kat situlah...
mengikut ustaz tu dia bagitahu santau yang adik aku kena tu kat kedai makan....gulp..........terkezut beruk aku... aku pun selalu makan luar motiffffffff tak reti masak titik!!!
cuak beb....kalau macam tu risiko tinggi tu...lainlah kalau aku ni reti tengok makan or minuman yang ada ingredient santau....mak tak reti dikkkkk..
ustaz tu cakap lagi pengamal santau tu lepaskan santau yang dia amalkan kat kedai makan....dan nak dijadikan citer, masa kat T'ganu tu adik aku ni selalulah duk makan kat luar sebab dia duk asrama so korang faham fahamlah ya....masa tulah dia kena sadis sungguh...kalaulah kita boleh nampak mesti boleh tengok adik aku ni tengah melantak rambut rambut, paku, jarum....hishhhh nauzibilahhhhh
tapi alhamdulillah sangat kira cepat sedar....walaupun bagi aku 2 tahun macam lama sangat tapi rupanya santau tu akan duduk dalam badan kita hampir 5 tahun baru kita sedar diri kita ni kena santau....adik aku 2 tahun dah tahu....syukur sangat sangat....
tapi sekarang kesianlah....sakit, suara pun slow jer bila bercakap....harap dia cepat sembuhlah...tapi tuk buang semua santau tu....ustaz tu cakap kena pantang selama 2 tahun!!! amik ko....banyak benda yang dia tak boleh makan...sedangkan dia ni hnatu makan gak....tahu gak masak dari aku....sekarang yang dia boleh makan adalah ayam dengan certain certain ikan jer....kalau tak pantang makan benda tu akan datang balik pada dia...
sekarangpun dia kena minum air kelapa dari kelapa yang fresh...tak moh yang campur campur tu....semalam masa aku call dia cakap lupa nak minum...pastu badan dia duk tak sedaplah....seram sejuk....mmmmmmmm kesian...
tadi aku dapat info...pada sesapa yang suka makan kat kedai kedai tu, gerai ke apa ker....tolong jangan makan di kedai kedai kampung khususnya pada bulan 4, 8 dan 12 kerana dipercayai pada bulan bulan tersebut....si pengamal santau lakhanat ni nak buang santau....makanlah dekat kedai kedai fast food...
wallahualam....
No comments:
Post a Comment