malam tadi rasa macam macam nak tulis kat sini.....tapi rasa macam kelu pula bila dah ngadap computer ni....tapi mesti tulis juga nanti meroyan pula bila tak tulis....may be sambungan yang semalam tapi bukan kisah yang aku marah marah tu...ni kisah lain hokeyyyyyy.....
masa aku g jenjalan kat blog ke blog entah kenapa aku jumpa dengan blog ni....terkejut beruk jugak...aku rasa beruk pun tak terkejut macam aku....tapi aku ralat sikit sebab aku terjumpanya selepas blog lama dipadam so bila blog baru mestilah kisah baru tak de lagi kisah kisah lampau lagipun terang terangan nak mulakan hidup baru...so apa cer nak citer kisah lama kan?????
tak apalah sedikit sebanyak boleh tahu juga daripada tak tahu langsung kan???peace....
aku bukan nak bercerita tentang keaiban orang apa tak lagi keaiban keluarga sendiri tapi aku akan cerita secara general...dan untuk pengetahuan semua....selama ini pun aku berpegang pada Hadith riwayat Muslim....Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya.
tapi memang aku ralat sangat bila aku terjumpanya di alam maya ni....memang tak ada langsung dia mengutuk, mencerca atau apa apa yang sewaktu dengannya....tapi aku sangat ralat bila aku bertemunya dalam keadaan yang cukup peramah, baik, kelakar, gila gila....tapi kenapa selama ni tak pernah sekali pun dia bersikap seperti itu???....dunia blogging menjadikannya talam 2 muka....begitu hebat penangan blogging sehingga aku terleka terlupa dengan perwatakannya yang sebenar...
tapi aku cukup terkilan....kenapa diratap kenapa ditangisi kenapa diluahkan rasa hati di situ??????kenapa????kenapa meminta simpati di situ????kenapa menipu follower semua???kenapa tak diceritakan perkara yang sebenar???kenapa tegar melihat anak dibawa pergi???kenapa sampai hatinya seorang ibu melepaskan permata hatinya demi mencari kebahagian diri sendiri???
mungkin aku bias sebab tidak memihak kepada orang luar tapi lebih memihakkan kepada keluarga sendiri tapi untuk saat itu sehingga sekarang aku tak pernah nampak apa relevannya yang dia kejar kerana yang dikejarnya tak dapat yang dikendongnya berciciran....dan kesudahannya yang dikenalnya dalam tempoh dua minggu yang dijadikan sandaran....begitu mudah menukar cinta....mungkin aku patut belajar untuk menjadi seperti itu agar tidak keseorangan seperti sekarang....
kalau aku boleh ceritakan dengan detail kalau aku boleh publishkan surat sumpah yang dah distamping tu di sini sebagai bukti akan aku buat semua tu....surat yang mengatakan anak yang dikandungnya akan dilepaskan asalkan dia mendapat surat cerai....murahnya harga anak itu pada ibunya....anak yang tidak tahu apa apa....anak yang pernah melihat gambar ibunya pada jam 01.30pagi semata mata kerana rindu yang teramat sangat...tidak tersentuhkah hati ibunya???
di saat sepupu sepupunya membesar dengan sempurna tapi anak itu sekadar menumpang kasih sayang neneknya, mak cik mak ciknya....tapi di mana ibunya???sekadar membelikan anak barang barang mewah???sekadar mengeposnya barang barang tersebut???mana kasih sayang, belaian manja yang sepatutnya anak itu dapat dari seseorang yang bergelar ibu???
tapi bila melihat sepasang mata anak itu...aku tahu ni qada dan qadar Allah...aku tahu ni adalah ketentuanNya....ya sapa aku untuk menghukum begini....aku sekadar menyampaikan rasa ralat dihati yang selama ini tidak pernah aku amik tahu....tapi selepas aku terjumpanya aku merasa tidak adil untuk anak kecil itu merasakan penderita itu sedangkan ibunya enak diulit angan angan yang tinggi melangit....
Tq cik google....