Thursday, June 30, 2011

masalah datang dan pergi...

hidup tak penah tak de masalah....bezanya ia datang dalam banyak bentuk. Suka ke tak suka tetap kena hadap jugak....yes masalah datang lagi menghempap dan menghimpit diri....

apa perlu dibuat bila umur dijadikan faktor, menolak jauh ke tepi sekalipun ia tetap datang menghimpt.....kalau buat banyak ganjarannya...setelah ditolak berkali kali kenapa "dia" jugak yang datang??? memang dia kah jodohku???

lelaki yang baik untuk pompuan yang baik.....tapi aku bukan pompuan yang baik....sungguh tak adil untuknya tapi bagaimana cara untuk aku terangkan pada semua???

apa yang patut dibuat??? ikutkan rasa ati yang selalu berperang dalam masa 7tahun ni???atau dengar nasihat mak NORA yang berpesan pada NORA masa dia tengah memujuk NORA untuk terima lamaran SETH TAN???

aku pening pikirkan semua tu....sapa tak nak melalui fasa fasa membeli belah, bertunang, membeli belah lagi, buat persiapan bagai...

Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj....

Alhamdulillah....moga tahun depan kita diberi kesempatan untuk melaluinya lagi....

sesiapa yang berpuasa ari ni....semoga kita mendapat ganjaran yang dijanjikan....amin...

jangan sesekali merosakannya dengan hasutan syaitan...

Wednesday, June 22, 2011

giler siot......boleh pecah peroooooooot....

Nowa
Kakitangan Kerajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.

Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.

Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.

Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.

Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..

Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.

Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.

Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”

“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.

Sekian,

“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.

malam yang bosan....

malam ni mesti sunyi....bukan sebab tak de sapa kat umah.....tapi my lappy tak de....bagi orang pinjam....huhuhu.....baik tak aku????

sekali sekala bolehlah....tapi janganlah amik kesempatan...yo dok??? dah orang berbudi kita kenalah berbahasa....

lately ni....tiap tiap malam aku layan Nora Elena....even aku dah tengok kat tv....tapi aku khatam lagi kat lappy sebelum tido....siap mimpi mimpi lagi Aaron Aziz....pehhhhhhhh penangan betul...

ari ahad lepas bila aku layan Stanza Cinta....aku still nampak Seth Tan....haru betul....dahlah balik keja sekarang tak tau nak buat apa....mati kutu!!!!

malam ni tak tau nak buat apa....hisssssss baik tak bertempat kannnn?????

Monday, June 20, 2011

Nora & Seth.....

Penangan Nora Elana buat aku jatuh cinta pada Aaron Aziz....hahaha..... selama ni aku tak penah kesahpun kewujudan dia kat industri hiburan Malaysia ni.....tambah tambah dia dah kawin....lagilah aku kureng nak amik pot....tapi dummmmmmmmmmmm Nora Elana memang bagi impak besar....

Adunan citer yang paling menarik, paling best, paling ummphh setakat ni aku boleh cakap.... adaptasi yang betul betul menjadi.... rasa macam tengah baca novel dan apa yang dibayangkan kat kepala ada kat depan tv!!!!

Begitu hebat penangannya.....terima kasih sangat sangat kat TV3.....good job!!! Tak sangka dalam banyak banyak adaptasi citer nilah yang paling best... ramai yang mengharapkan penyambungannya....tapi aku???? Honestly aku tak nak sekual kedua....sebab aku tak nak konflik yang dirancang mencacatkan kebahagian Nora dan Seth....biarkan mereka bahagia melayari rumahtangga dengan kehadiran Qaseh....

Kalau ada jugak.... originality nya nanti dah tak de.... citer mesti dah melencong kelaut.... lagipun apa lagi yang nak dicreate kannnn????

nah....korang layan gambar hokey.....










Thursday, June 16, 2011

mari berfikir....

Tadi aku ada baca status fesbuk kawan lama aku.....kami sama sama budak masscomm....tapi rezeki dia lebih baik dari aku.....dia kat NSTP aku kat sini buat PILING.....hahahaha...

Okey dah merepek.....aku nak citer pasal status dia....kat situ dia tulis dia jumpa sorang artis yang dah berhijrah dari tak bertudung pada bertudung....kat situ jugak dia mention dia tak amik pot pun pasal semua artis yang nak berubah...tapi kali ni bila dia sendiri jumpa kat surau NSTP, sama sama sembahyang Maghrib dan sembahyang sunat dia mula suka artis tu.... sapa artis tu tak pula diberitahu....tapi aku boleh agak sapa....ish ish...hebat betul aku kalau pasal artis artis ni.....cuba tanya surah apa ya dia tengah baca tu.....harammmmmmmm tu lah manusia....

Tapi kenapa ramai yang prajudis dengan orang yang bertudung??? Mak cik aku pernah kata yang tak baik pada sorang lagi mak cik aku....sebab mak cik aku pakai tudung labuh tapi keja kat kilang jer....anak dia ustazah tapi tak pakai tudung labuh tu pasal dia boleh tergamak cakap macam tu....mungkin dia nak cover anak dia....seorang ibu sanggup melakukan apa saja untuk anaknya.....

Okey berbalik pada tudung....ramai yang cakap....alah pakai tudung tak semestinya baik....ntah ntah ada ler tu yang disoroknya dengan tudung tuh....nauzubillah....

Tapi heran jugak....kenapa ramai yang berpikiran macam tu??? Abis yang tak pakai tudung tu baik ker??? Tak juga kannn???

Ada ler pro dan kontranya....tak semestinya yang pakai tudung tu baik dan tak semestinya yang tak pakai tudung tu jahat....tapi sebagai hambaNya yang tahu akan batas batas aurat....tepuk dada tanyalah selera.....

PUTERA AYU!!!!

Pelik jer bunyinya kannnnnnn? Tapi memang nama kedai ni macam tu....tak caya tanya Qi Jalan Jalan Cari Makan tu.....aku tak tipu bukan puteri ayu tapi putera ayu....

Hahahahha....macam kelakar jer namanya....tapi makanan kat sini okey jer.....murah pulak tu....walaupun nampak macam tempat mahal jer....tapi harga makanan lebih kurang sama dengan harga makanan kat gerai....so ko pilih nak makan sini ke nak makan kat gerai???? Hahahahaha....mestilah makan sini lagi lagi aku yang belanja korang kannnn???? Cehhhhhhhhh


ni semua muka teruja nak g makan free kecuali aku yang kena bayar...huhuhu bukan bayar tuk diri sendiri jer tapi bayar tuk semua sekali termasuk camerawomen yang tangkap gambar ayu kitaorang semua ni....wakakakaka.....

masuk dalam semua blur blur tak tau nak makan apa....lagi kelakar si Teha order kopi....siot betul....aku bantai gelak situ jer....siap tambah susu lagi tuh....

aku cuma makan ni.....tu pun tak abis....


sebab sebelum pergi aku dah belasah nasi nga tomyam ayam.....my bf yang baik ati tolong beli....tapi tu pun aku makan sikit jer....share nga Nurul...


ni muka semua dah kenyang batak dah.....camerawomen tadi pun dah masuk dalam gambar....kenyang beb baru ada mood nak bergambar....huhuhu...dia yang kata....

lontong....

Tiba tiba rasa macam nak buat entry ni.....selalu aku tak suka sangat buat entry ko makan apa pagi ni???? Hahahaha...tapi semalam aku terbeli lontong....hahahaha terbeli....tak de maknanya....memang aku beli sebab...sebab aku dah muak sarap makan nasi lemak, bihun goreng, mee goreng....huh....muak tahap cipan....

Kebetulan pagi semalam bro gerai tu buat lontong....so aku try belasah jer....sebenarnya aku memang tak suka makan kuah kuah yang berlemak ni....penah dulu ex kakak ipar aku buat lontong masa raya tapi tak de sambutan....iyolah mana ada orang Kelate makan nasi impit nga kuah lemak masak kuning macam tu....kalau nasi impit mesti makan nga kuah kacang tak pun sambal kelapa....tu kira old fashion sesangat....aku pun sempat makan nga sambal kelapa tu beberapa kali jer.....lepas tu macam dah pupus cara makan macam tu....kuah kacang jugak yang famesss....

So....sebab nak cari kelainan aku gamble lah beli lontong tu....hahahaha...ingat lagi masa aku breakfast nga my bf, aku kutuk kutuk dia sebab suh aku beli lontong.....hehehe...

Mintak bro tu bungkus aku nak makan kat opis....dahlah siap mintak sambal lebih lagi....bila makan tu....mak aihhhhhhhhhh sedap tu....rasa macam tak puas jer makan....mungkin ni sebab complete set tu yang sedap kot....dulu aku makan tak de sambal bagai tu....ex kakak ipar aku buat kuah lontong jer....

Tapi....cara aku makan lontong bukan macam orang Johor makan....hahahaha.....aku makan nasi impit tu nga sambal lepas tu hirup kuah lontong tu macam aku hirup sup....boleh?????

Tapi serius sedap betul kuah lontong bro tu.....kalau dia jual ari ari pun aku sanggup beli....opismate aku cakap nanti bila dah boring mesti aku kutuk kutuk balik macam aku kutuk nasi lemak....wakakaka......

: )

Wherever you are, wherever you are facing, Allah knows.When you think you've tried everything and don't know what else to do, Allah has the answer.When you feel alone, and your friends busy with their affairs, Allah is always on your side.When you've been crying for so long and your heart still feels pain, Allah counts your tears.If you feel tired and weary, the effort seemed futile. Allah knows how hard you try :)

kejujuran sangat perlu....

kita selalu cakap pasal kejujuran, selalu marah marah bila pasangan kita tak jujur dengan kita, selalu merasakan kitalah yang paling jujur dalam perhubungan yang dibina....

ntahlah....apa perasaan yang kita rasa setelah tahu pasangan mengkhinati kita??? tidak jujur dalam perhubungan....adusss sakit dong!!!!

bila hadap situasi tu....perkara pertama yang bermain kat kepala mestilah rasa marah nak meletup jer kerjanya....bengang jangan cakaplah....rasa macam nak makan banyak banyak konon nak lepaskan stress yang menyesak dada....hahahaha....

p/s: lantaklah nak buat apa.....nak balik bumi biar selatan duk kat atas pun buat lah.....ada aku kesah?????

Wednesday, June 15, 2011

citer basi part II

entry bersambung hokey....apa ingat Nora Elena je bersambung sambung ni???? entry pun ada jugak hokeyyyyyyyy....

masa ari minggu tu jugak aku g One Utama....plan nya nak beli 1 barang jer....alih alih satu OU aku beli....wakakakaka macam lah banyak duit nak beli OU tak agak agak....huhuhu...

masa kat sana aku jumpalah 1 family ni....mak bapak dan 2 orang anak...okey memula aku jumpa bapak nga 2 orang anak jer....aku tengok bapak ni jalan dongak atas jer....nampak macam berlagak sikit...huhuhu...aku cross dia lepas tu otak aku antar isyarat....ehhhhhhhhhh ustaz Akil...so aku tengok lagi sekali....sah....

masa tu ustaz tu tengah jalan dengan anak anak dia kuar dari Padini kalau tak silap....dan menonong terus ke direction....aku tak tau dia cari info apa....mungkin nak cari surau kot sebab time tu dah magrib...

kat ati aku terdetik jugak....mana Waheeda??? tiba tiba tersembul si Waheeda dengan purdah yang nampak 2 biji mata jer....sebenarnya aku tak nampak pun mata dia....tinggi sangat dia punya kain yang tutup mulut tu....huhuhu....ustaz masa tu bertoncang....bini pakai purdah....

ntahlah belalang....

Tuesday, June 14, 2011

ni citer basi.....

memang dah basi kalau nasi dah boleh humban dalam tong sampah IKEA ~~~ motif nak gtahu aku beli tong sampah IKEA...hahahhaha... walaupun sesat sesat aku nga Teha si housemate aku nak g Ikea...tapi jumpa gak...ahaks padahal dah berpuluh puluh kali aku g...maintain sesat jugak!!!!

okey back to the story....cehhhhhhh...masa jenjalan kat IKEA jumpalah mamat ni....dulu aku minat giler weiiii...maklumlah retis....aku lak bebudak hingusan jer time tu....memang agak fanatik lah jugak...hehehehe...mesti korang nak tau kan aku jumpa retis mana ni???? hahahahaha....intro key.... korang ingat tak kumpulan NICO??? tak ingat??? alah yang nyanyi lagu Inilah Nasibku....tak ingat gak alah yang nyanyi lagu Kau dan Aku, Kaulah Gadis Idaman Hatiku....cehhhh lantaklah kalau korang tak ingat...

ari ahad lepas aku jumpa nga salah sorang dari group members ni....huhuhuhu yang paling ensem dulu...AFFA...mak datok terkezut gak ari tuh....walaupun dah tua sikit still aku ingat jugak...hehehehe rambut dia dah tak lebat macam dulu lagik....sori to say...

masa tu dia nga family dia....wife dia tengah preggy tak sure anak ke berapa....dan masa jumpa tu aku tak tegur pun dia...sebab segan oiii...tak pasal pasal aku lak yang teruja kat situ...

mmmm kalau korang still tak ingat jugak ni aku tolong google group diaorang kat bawah ni....tengok jangan tak tengok....


kan betul aku cakap....rambut dia....mmmmmmmmmmmmmmmm

Kenapa kerajaan tak mampu kawal harga ayam

dari sehari ke sehari....gaji bila pulak nak naik??? setahun sekali kannnn??? kenapa rega rega ayam, petrol, gula, etc tak jugak naik setahun sekali????


Kenapa kerajaan tak mampu kawal harga ayam

bola....

busannnn....bila tengok bola jer mesti team yang aku sokong kalah....sakit ati....rasa macam malas dah nak tengok lagi....tapi kalau dah duduk reramai tambah tak de citer lain yang best plus citer korea kat lappy pun dah berkali kali khatam....tak de choice....kena jugak tengok...

tapi tak de lah tengok macam tahun lepas...tahun lepas pun frust menonggeng jugak....dummmmmmmmmmmmmm tension kan...sapa yang patut disalahkan bila team bola yang kita sokong kalah??? para pemain ker? jurulatih ker? penonton yang ramai giler ker????? aduyai....nak salahkan pemain memang tak patut sangatlah sebab diaorang penat tau main kejar kejar tu...jurulatih???

mungkin jugak tengok nasib....nasib tak menyebelahi kita....apa nak buat....senang citer tak de rezeki nak rebut piala tu....terima jerlah....ada aku kesah?????

apa korang rasa????

tiba tiba hati aku bengkak....penuh dengan segala rasa bagai.....semua berkumpul menjadi dendam...cewaaahhhhhh...tak de maknanya...

sebagai manusia biasa mesti kita akan hadap macam macam masalah....dah namanya manusia, selagi kita bernyawa selagi tu lah kita akan jumpa dengan masalah...

antara suka nga tak suka, bila dah terperangkap dengan masalah kena jugak setel....paling bagus kalau buat bodo jer...tapi tak semua masalah kita boleh buat bodoh jer....

tapi kalau asyik duk hadap masalah sama....carilah solutionnya....walau terpaksa melukakan hati pihak sebelah sana...apa daya kita...hati kita pun kenalah jaga jugak...

sampai hati ker tak sampai hati ker.....ada orang pikir tentang susah payah kita??? mungkin ada yang pikir dan mungkin jugak tak....cuba letakkan dirinya dalam diri kita....mungkin secebis perasaan tak sampai ati tetap ada dihatinya tapi mungkin tak terluah olehnya...tapi itulah manusia....selalu merasakan orang akan faham apa yang difikirkannya sedangkan kita tak ada kuasa magic untuk melihat ati nya...sedih.........

selalu orang silap mentafsir kita....menyangka kita suka sesuatu perbuatan itu, walhal kita terluka sangat dengan perbuatannya...tapi kita tidak mampu untuk meluahkan ketidakpuasan hati itu....apa yang patut dilakukan untuk mengelak situasinya??? selalunya otak tidak dapat berfungsi bila kita berada di dalam situasi itu....tapi hati terus memberontak marah....namun api kemarahan itu hanya terpendam saja....paling bagus untuk mengelak dari terus sakit ati....bawak diri jauh dari situasi itu.....mmmmmmmm mungkin ada baiknya...

Monday, June 13, 2011

scratched!!!!

mood sedih....keta kena cium nga motor....sib baik calar jer...tapi kopak abis cat...dah tak leh nak polish....kena simen jugak....aduyai....masalah betul...

Saturday, June 11, 2011

Ivonne...

ada aku kesah betul ke tak ejaan tu....yang aku kesah aku bengang nga pompuan ni....lebih spesifik aku tak suka nga watak Ivonne tu titik!!!!!!

tak tau pula aku ada tak orang sentuh atau tak... pasal watak Ivonne tu. Tapi kalau pasal Seth Tan nga Nora Elena dah beratus ratus (aku tipu....jangan amik serius hokey) entry aku baca....ramai betul yang nak jadi Seth Tan ni....termasuklah si Ujang ni....

semua jugak dah terpaut dengan Elena....nak jadi macam Elena, nak buat gigi arnab macam Elena...hishhhhhhhh tak de benda lain ke korang nak hah????

okey okey dah melalut.... straight to the point key......

aku nak sentuh pasal watak Ivonne tu....Ya Allah... tolonglah bilalah watak tu nak dimatikan...tak sanggup beb....bila dia bukak mulut jer aku rasa pening pening lalat nak muntah dah....nasib badan betul!!! udahlah TV aku canggih kemain....remote jangan cakaplah memang dah arwah....bila tekan nak slow kan suara tertukar chanel lain....buat sakit ati jer....udahlah beli kat kedai beskal nak kena p jual kat kedai moto balik rasanyer....

punyalah gedik sampai aku tak sanggup nak tengok....suara tu yang aku tak tahan...tolonglah behave yourself aku memang tak boleh terima...menyampah tahap cipan!!!! memang baguslah ko bawak watak tu...tahun depan kalau tak dapat award aku tak tau ler....

pssttttttt..... member aku cakap kat luar pun si Ivonne ni gediks kemain gak...ahaks...bila ingat balik kes dalam kisah Kaisarah yang dia seksi meksi joint Kotex punya function sungguh tak sesuai dengan bebudak student yang joint sekali....pas tu kisah nga Shahz Jazle tu pulak....mmmmmmmmmmmm wallahualammmm

jauhkan diri!!!!

banyak yang aku baca dari entry hampir semua blogger menyarankan supaya tidak menjadikan blog sebagai tempat melepaskan perasaan....nanti terselah kebodohan sendiri.
mmmmmmmm....ada betulnya jugak....so jauhkan diri aku dan blog sekarang sebab aku memang tengah bengang giler ni.....
babai!!!!

Friday, June 10, 2011

counting days...

salam Jumaat semua....salam penuh rahmat untuk penghulu segala hari.... perooot comell pun dah nyanyi nyanyi lagu dangdut tapi malas nak berebut kuar lagi....

cadangnya nak makan kfc lunch hour.....dah tertangguh dalam 3ari dah....sebab ramai staff cuti, yang ada pula duk sibuk p meeting....nak kuar pun tak sampai ati....baik dok aku???

tapi ari ni mesti makan gak....giler 3ari tu....boleh meroyan kalau tak g jugak ari ni!!!!

ishkkkkkkk melalut kfc buat apa....aku tengah counting days ni....tak sabar ni...harap harap ada lah...nanti aku citer....

babai...nak p makan kfc sekarang....

Thursday, June 9, 2011

tak kusangka....

hishhhhhhhhh menyampah pula rasa....selama ni aku pikir semua cleaner ni baik....serious aku tak pernah pandang orang keja cleaner ni sebelah mata...yolah buat apa nak pandang sebelah mata kan Tuhan bagi mata tu sepasang......panggggggggggggggggg

aku penah jugak duduk semeja nga mak cik cleaner ni, pernah jugak baik nga mak cik cleaner ni....aku hormat dia walaupun dia tu warga asing!!! janji jangan kacau aku sudah....tapi kalau dah warga asing tu....hmmmmmmmmm warga asing jugak....

niat aku berblog dah hilang tak kemana.....warning tuk diri sendiri....blog bukan tempat untuk melepaskan perasaan marah, geram, sakit ati dan etc....tapi...wa tak tahan sangat ni.....

selama ni aku hormat dia....aku tahu kepentingan dia kat opis ni....kalau dia tak de jawapnya berhabuklah opis, sampah menimbunglah, toilet berdakilah....tapi jangan nak kurang ajar mentang mentanglah terasa diri tu penting jangan pikir i can't fire u....ahhhhhhh berlambak lagi indon nak jadi cleaner tau tak????

kalau rasa duit tu dah cukup nak angkut atar balik kampung... fine!!!! berhentilah....sungguh kurang sopan....dah dibaginya madu, racun yang dia balas balik kat aku....cis cis cissssssssssss

nasib baiklah kesabaran aku tinggi....aku tak nak nampak bodoh macam diaa...biar dia jer rasa dia dapat semua tu.... ignore jer lain kali abis citer....

kenapa tak mudah macam mudah????

peningkan baca tajuk entry aku ni....mmmmmmm okeylah tak yah corner corner....aku masuk mudah.com untuk jual kasut....aku post kasut tu ari Selasa....tapi bila aku cek sampai ari pun kasut tu belum muncul muncul lagi....hishhhhhhhhhhhh cakap mudah tak mudah pun....

buat aku angin ada ler.....ni kasutnya...........


Wednesday, June 8, 2011

jom layan....

Salam semua....bersiaran macam biasa selepas account aku penuh nga duit.....motif....dapat gaji beb...

sekarang korang layan gambar kat bawah ye...motif lagi: banyak kerja daaaaaaaaaaaa







Monday, June 6, 2011

handbag...

Aku pernah buat entry tak nak beli handbag lagi....aku pun dah dapat warning no more handbag before raya.... tapi.....aduyai sakit ati betul masa g Padini Store ari Sabtu lepas tu.....cis cis cis....

Aku bukan suka suki nyinggah OU tu....on the way balik dari IKEA tuk balik umah mesti lalu OU dulu dan alang alang dah lalu tu berhenti jerlah lagi pun aku nak tengok purse....my bf nak beli purse sempena burday aku...so aku sesajarlah usha dulu nanti dah ada yang berkenan senang boleh grab terus jer nanti....

Tapi skali ada yang ni daaaaaaaaa



comeyyyy kan....2 2 aku suka....tapi kalau tak dapat itam yang merah pun ok....tapi tak tau mgapa aku prefer merah kali ni....suka sangat....jangan aku nyesal lepas beli sudah....

dan dan tu aku sms my bf.....tak boleh....kata nak purse...beli purse lah....ahhhhhhh akan aku usahakan jugak pujuk sampai aku dapat hokeyyyyyyyyyyy

IKEA

Best giler rasanya dapat cuti ari Sabtu tau.....kesian aku....elok elok tak pernah kerja ari Sabtu saja cari penyakit....dulu ingat okeylah keja ari Sabtu....lagipun ari Sabtu aku tak de g memanapun....tapi bila pindah sini....pax betul jadual aku.....tak de masa langsung nak tido ke apa ker.....hishhhhhhh nyesal sungguh...

Ok.. ari Sabtu lepas Zohor aku n the gang g IKEA. Beli barang deco tuk abang my housemate wedding. Dia nak deco sendiri bilik abang dia for wedding gift.... hehehe tak de maknanya kalau aku....beli barang tak hapa hapa kat IKEA tu dah cecah seratus beb.... Balik umah rupanya mentol lampu tido yang dia beli tak de....sakit ati betul kawan tu....huhuhu.....


Masa g IKEA tu of cos lah aku tengah sengkek....jamu mata jerlah....tapi dalam dalam sengkek tu terberkenan pula dengan beberapa barang. Ikut ati macam nak beli gak bila dapat gaji nanti. Tapi barang tu tak de lah penting sangat....orang cakap ada pun tak pe tak de pun tak per... tapi lebih pada keinginan nak yang melampau lampau....sebab cute dan murah....rasa macam berbaloi jer beli.....iyalah tempat baju kotor 8.90 jer....kalau beli yang macam bakul lubang lubang tu dah lah rega sampai 5inggit....tak stabil pulak tu....terhuyung hayang jer bila banyak baju kotor....cissssssssssss
Tapi okey jer boleh guna....alasan jer lebih sebab aku berminat sangat nak beli...wakakakakaka....

Lepas tu berkenan pulak dekat jam dinding...tapi aiseymen...caler putih beb....lupa nak bagitahu tadi bakul kain pun kaler putih gak....adussssssss tu lah pasal aku tahan dulu dari membelinya ari tu....cuba kalau warna pink ker merah ker....mak beli nokkkk....

Jalan jalan lagi....lepas tu jumpa lagi barang baik punyai.....jumpa frame gambar yang jual set. Ada 3 set dalam satu packinging....aduyai....mak berkenan jugak....tapi rasa macam sayang pulak nak tebuk tebuk dinding bagai ni....almaklumlah cat dalam bilik tu macam baru lagi.....nak tunggu cat baru rasanya bila aku pindah dari umah tu baru owner tu cat balik.....hissssssshhhhhhhh

Yang pasal frame tu aku kena pikir banyak kali jugak....ahhhhhhh masa banyak lagi....sampai minggu depan....harap harap bila aku g beli nanti adalah bakul baju tu warna lain....jam tu aku tak kisah sangat warna putih....tapi bakul tu....rasanya kalau ada warna lain lagi bagusssssssss


Friday, June 3, 2011

tak de tajuk...

tak tau nak tulis apa....tengok jer lah....

bulan Rejab....

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Alhamdulillah....

syukur....dah sampai sini lah tuh....thanks GOD....

mulakan hidup macam biasa....jauhkan diri dari anasir anasir jahat pada hari yang mulia ni....salam Jumaat semua....

dan abaikan juga mesej terharu tuh.....esok esok aku jugak yang kena...honestly, langsung tak menyentuh ati aku...mak oii...jahatnya kau....

iyalah....baru sekarang nak ngaku buruk sangka kat aku???abis imej aku yang tercalar kat orang orang yang tak sepatutnya tu apa citer??? semua orang think negative nga aku....aku jer jenis ati kering...buat bodo jer...iyalah kalau ikut kata ati dah balik kampunglah aku malu....terpaksalah...

apa apa pun....selamat pagi semua....

Wednesday, June 1, 2011

santau....

dengar perkataan tu dah takut kan??? tapi tulah kita yang tak tau apa apa pasal santau memang bahaya sangat....

ni aku nak story mori satu kisah yang memang benar serius tak tipu....tapi bukan apasal aku yang kena santau tapi adik aku rupanya dia terkena santau....santau tu dah duduk dalam badan dia around 2 years...tapi lately ni baru tahu.

itu pun sebab dia dah tak tahan tanggung azab....pastu masa kitaorang chat kat fesbuk dia terciter kat aku pasal dia sakit ni....of cos lah dia pun tak tau lagi dia kena santau hokey...

bila dia dah ngadu domba dah kat aku....aku pun terbukalah citer, ada satu malam tu....masa tu aku tengah jiwa kacau...tido pun tak tentu hala....tiba tiba termimpi pasal dia....tapi not exactly dia involve dalam mimpi aku....cuma masa aku mimpi tu macam scene aku dengar someone ngumpat dia...macam ni.... 'dia dah termakan, dah ada dalam badan dia dah....'

pelik tak mimpi aku tu??? tapi aku ignore jer sebab masa tu aku pikir ahhhhhh mainan tido....lagipun time aku mimpi tu dekat nak masuk subuh...

tapi selang 2 3 ari lepas tu dia chat chat nga aku...cakap sakit sakit tu...pastu dia pun cakap dia asyik mimpi benda tak elok jer....mimpi ular tedung lah, nampak something yang kita semua tak nak tengoklah...korang faham faham lah sendiri kannnnnnnnn

so starting situ aku dah rasa ehhhhhhh budak ni macam ada something yang tak kena....bukan nak cakap aku pandai dalam bab bab ni tapi kalau aku dah mimpi macam tu dia pulak duk tambah perisa...hishhhhhhhhh

yang hampehnya pula, adik aku ni lepas dia citer macam macam nga aku boleh pula dia cakap tak de apa mungkin perasaannya jer kot sebab dia tension belajar....lupa nak bagitahu adik aku tengah belajar kat UITM cawangan Kedah...

as a sister cehhhhhhh....memanglah aku worried pasal dia... so aku suruh dia bagitahu my mum...dia tak nak bagitahu sebab mak aku tu tengah pening pening lalat sebab adik bongsu aku g PLKN so mak aku ni tengah susah hatilah sebab anak bongsu dia tu mengadu macam macam....biasalah anak bongsu....

so aku decide nak bagitau mak cik aku yang duk kat Kedah jer....bila aku citer jer terus dia suh pak cik aku p amik adik aku tu kat umah sewa dia kat Sg. Petani kalau tak silap....sebab aku tak pernah pergi lagi umah dia....dan selama ni pun aku tak pernah amik pot dekat mana dia tinggal...aku cuma amik pot bila dia telepon mintak duit.....haissshhhhhhh untung jadi adik!!!

mak cik aku amik bawak dia g berubat nga sorang ustaz ni kat Baling....tapi dari situ tak tahu lagi dia ni dah kena santau....

masa kali pertama pergi, ustaz tu cakap ada benda nak masuk dalam badan adik aku....benda tu memang dah ada kat umah sewa dia tu....patutlah badan dia sakit sakit, lebam lebam kat merata tempat....tapi masa first pergi tak dapat nak berubat sepenuhnya sebab untuk buang benda yang nak masuk tu ustaz kena mandikan adik aku tu...tapi untuk mandi tu bukannya nak kena mandi pakai sabun lux bagai...ada ler barang barang yang perlu ada macam bunga, beluru etc...so mana nak cari on the spot macam tu??? so tak bolehlah buat sampai setel that day...

yang aku rasa angin satu badan ni....aku ingatkan adik aku ni dia stay lah umah mak cik aku untuk pergi lagi umah ustaz esok ari nyer...tapi, boleh dia mintak nak balik umah sewa dia sebab tak nak tuang kelas....hishhhhhhh tak ngikut peel aku langsung!!!!

berani tuh dia nak balik gak dengan badan yang tak sihat pastu sah sah benda tu memang ada kat umah dia....

bila balik tu biasalah benda tu duk berlawanlah dalam badan dia....sampai satu tahap dia pun tak tahan call aku nangis nangis....hishhhhh aku biasalah bebel tak abislah...dah tahu benda tu tak buang sampai abis degil nak balik....sekarang amik ko.........ishhhhhh jahatnya aku...

so, mak cik aku pergi amik lagi sekali...ni yang bab santau...masa berubat tu....ustaz tu memang lama gilerlah berubat adik aku....adik aku pun memang nampak letih sesangat....rupa rupanya ustaz baru nampak yang dia tu sebenarnya dah kena santau!!!!

santau tu dah ada dalam diri dia dah dekat 2 tahun...perghhhhhhh lama tu.

sebab tu lah dulu dia penah sakit giler tapi bila g jumpa doc, doc cuma bagi ubat migrin... sebab keadaan tubuh dia yang lemah tu lah ada benda lain pula nak menumpang....tu lah pasal yang duk bertenggek kat umah dia tu nak masuk jugak....sebab dalam badan adik aku tu ada kawan tuk dia buat kawan....

so masa berubat tu ustaz nampaklah santau ni....santau yang dia kena ni bukan santau yang orang antar tuk bagi dia sakit....hisssssss senang citer bukan santau yang orang buat nak tuju kat dia....

santau yang dia kena ni....santau yang dilepaskan oleh pengamal santau untuk membebaskan dirinya....ahhhhhh something like that lah..... ada jugak aku pernah baca pengamal santau ni dia macam ada satu botol kecik santau tu aku memenuhi botol tu dan apabila botol tu penuh dia perlu lepaskan santau tu supaya dia dan ahli keluarga dia tidak mendapat sakit....macam tak nak santau yang dia amal tu makan tuan baliklah....

dan nak dijadikan citer dalam 2 tahun lepas adik aku masa tu tengah belajar diploma kat UITM Terengganu....so santau tu berkeliaran kat situlah...

mengikut ustaz tu dia bagitahu santau yang adik aku kena tu kat kedai makan....gulp..........terkezut beruk aku... aku pun selalu makan luar motiffffffff tak reti masak titik!!!

cuak beb....kalau macam tu risiko tinggi tu...lainlah kalau aku ni reti tengok makan or minuman yang ada ingredient santau....mak tak reti dikkkkk..

ustaz tu cakap lagi pengamal santau tu lepaskan santau yang dia amalkan kat kedai makan....dan nak dijadikan citer, masa kat T'ganu tu adik aku ni selalulah duk makan kat luar sebab dia duk asrama so korang faham fahamlah ya....masa tulah dia kena sadis sungguh...kalaulah kita boleh nampak mesti boleh tengok adik aku ni tengah melantak rambut rambut, paku, jarum....hishhhh nauzibilahhhhh

tapi alhamdulillah sangat kira cepat sedar....walaupun bagi aku 2 tahun macam lama sangat tapi rupanya santau tu akan duduk dalam badan kita hampir 5 tahun baru kita sedar diri kita ni kena santau....adik aku 2 tahun dah tahu....syukur sangat sangat....

tapi sekarang kesianlah....sakit, suara pun slow jer bila bercakap....harap dia cepat sembuhlah...tapi tuk buang semua santau tu....ustaz tu cakap kena pantang selama 2 tahun!!! amik ko....banyak benda yang dia tak boleh makan...sedangkan dia ni hnatu makan gak....tahu gak masak dari aku....sekarang yang dia boleh makan adalah ayam dengan certain certain ikan jer....kalau tak pantang makan benda tu akan datang balik pada dia...

sekarangpun dia kena minum air kelapa dari kelapa yang fresh...tak moh yang campur campur tu....semalam masa aku call dia cakap lupa nak minum...pastu badan dia duk tak sedaplah....seram sejuk....mmmmmmmm kesian...

tadi aku dapat info...pada sesapa yang suka makan kat kedai kedai tu, gerai ke apa ker....tolong jangan makan di kedai kedai kampung khususnya pada bulan 4, 8 dan 12 kerana dipercayai pada bulan bulan tersebut....si pengamal santau lakhanat ni nak buang santau....makanlah dekat kedai kedai fast food...

wallahualam....

promiseeeee.....

ni last entry pasal burday aku....sumpah....wakakakaka...

semalam sebagai penutup 31st kan tapi idaklah aku tunggu sampai kol 12 tengahmalam tu....nahi nahi...

semalam kuar dengan buah ati konun nak celebrate aku punya burdaylah....sekali secret resipi ke mana dia ke mana....meroyan gaklah aku duk terconggok menunggu....dia cakap jalan jamm....hok aloh malaslah aku nak pikir tipu ke dok....

lagipun maxis kan bagi free call....jadi aku layan adik aku jerlah kat telefon....tapi hati mendidih gak...dari 9.45 sampai 10.33 pm baru nampak batang idung....hishhhhhhh cer cakap kedai kek mana lagi yang bukak????

bila aku cakap ada surprise kek dari housemate dia boleh pula cakap alhamdulillah boleh gak makan kek....masalahnya aku nak kek secret recipes... bukan kek yang kat kedai kedai biasa jer....hampessss tol....

fighting fighting kit pastu kami g uptown kat Kota Damansara...aku paw mouse sebab aku punya mouse yang free gift masa beli lappy dah tak function hampes tol.....aku pulak bukannya reti nak pakai sensor sensor nih.....hishhhhhhh...lepas tu beli casing my BB kaler merah....... mmm tu jerlah aku sempat paw sebab apa lagi yang ada kat uptown kan????

tapi dia still hutang hadiah nga aku....mesti tuntut tuh.....

lepas tu kami terus g Oldtown melantak kat situ....makan yang besa besa jer....tak caya??? moh tengok nih....

kfc...

memandangkan ATRIA dah nak kena bommmmm jadi aku ingat nak p melantaklah kfc sebelum dia tutup manalah tahu kfc nak turun rega ker???? hahahha ada ker?

tapi ni ada link nga burday aku gak....hahahha ahaks.... blog aku suka ati aku lah nak tulis berapa kali kannnnn

okeyyyyyyyyy....memandangkan burday aku...dalam dalam tak de duit pun kenalah bagi reward kat diri sendiri kannnn...dok gitu???....atas sebab musabab budget ciput aku ingat nak g makan kfc lunch hour jer....kecian aku kannnnnnnnnn....tapi kalau dah tertulisnya rezeki aku....tetap rezeki aku...yo dok??? tetiba je semalam my klik belanja kfc.....waduh waduh memang rejeki gitu....auwwwwwww


hahaha...nilah dia...sebab aku ni pompuan melayu terakhir....so kenalah tapau sebab i segan nak kuar nga opposite gender ni....peace........

kezutan malam 31st....

hehehe...kan bangang namanya bila start menaip tak reti nak berenti pulak....hok aloh...layan jer lah...

malam burday tu masa aku nak counting detik 12 malam kononnnn lah kannnnnnnnn siap reminder jam lagi... pastu aku pergi Korea jap...jalan jalan pastu terus tak balik balik sebab syok sangat duk tengok bangunan yang ada....pintu bilik aku kena ketuk...aiyakkkkkkkk terus balik Malaysia kannnnnnnn....housemate aku senggih kat pintu cakap nak tanya benda suh aku kuar jap...

aku yang tengah mamai giler nga rambut serabai kak limah kuarlah...rupanyer ada surprise yang diaorang buat.....uwaaaaaaaaaa mak terharu nyah.....sampai lupa nak snap gambar kek...terus aku tiup lilin pastu ngap....aduyai...hampesss tol...

anyway....thanks sangat sangat kat housemate aku yang sengal sambut burday aku tak cukup time lagi...teha, ija n nurul....macehhhhhhhhh

31st May...

kalau aku citer sejarah mesti ada yang cakap aku ni bangang...hahaha.... tapi aku nak gak citer...30tahun yang dulu mak aku bertarung nyawa untuk lahirkan aku...kat umah pulak tu...bukan macam sekarang semuanya kat spital, kemudahan bagai jangan cakaplah....macam macam ada macam iklan astro tu....sebab tu aku rasa orang dulu dulu lebih hebakkkk dari sekarang sebab sekarang bergantung penuh dengan kemudahan yang ada...tapi yolah...ikut perkembangkannnn dah ada kena lah ikut....dulu tak de apa ala kadarlah jawabnya....

okey balik pada title...masa aku kecik kecik...kat sekolah cikgu dah ajar setiap bulan ada 30 nga 31 kecuali bulan 2 kannn...tapi tah apa punya banganglah aku boleh cakap macam ni....eh eh...tahun ni burday orang tak delah....31 tahun ni tak de dalam calendar...hishhhhhhh confident aku cakap cam tu masa tu....dahlah depan ramai orang....

malu gak tapi kalau korang nak tahu....my family side semua ingat aku nyer burday sebab citer lawak kat atas tu lah....udahlah diaorang bantainya gelak masa aku cakap tu...pastu citer tak berapa nak best tu dibawanya sampai sekarang padahal dah berbelas belas tahun dah kejadiannya....

tapi, ok what...starting situ semuanya ingat aku nyer burday...bagus gak kan...jadi setiap tahun malam 31 tu....aku mesti dapat mesej ala ala eh eh...tahun ni 31 ada dalam calender x???? hehehehe hampeh tapi aku suka dari situ tahun berganti tahun tarikh tu semua orang ingat.....

so sweet kannnnnnnnnnnn...peace...

N O R A E L E N A

layan betoi citer ni....syok wessss....tetiba jer aku layan dengan sepenuh ati...sanggup balik terus rumah dari mengular tak tentu arah....hok aloh buke selalu pun...

nanti ramai lah bagi nama anak dengan nama Elena ni....dulu kecoh pasal Nur Kasih sampai semuanya nak nama Kasih tapi eja canggihlah sikit...Qaseh....konunnnnnnnnnnnnnn

dah dah jangan nak merapu....petang karang kita layan lagi Seth Tan duk ngurat bini dia k...

malas yang amat....

tahap kemalasan melampau lampau...tak tau kenapa....menjelang ari penting aku, sampai date tu menjelmapun aku still gak malas....hihihi...ari penting??? burday aku lah...huhuhu...

banyak faktor yang mendorong tahap kemalasan yang melampau ni....sekarang aku nak list beberapa faktor key...

1. kerja banyak....alah poyoo jer selalu kerja banyak bole jer buat entry 4@5 kali sehari...

2. mood tak menentu....kadang okey kadang ke laut... sebab aku tak nak nampak bodo so aku jauhkan diri sikit dari blog....motif???? tak nak merapu ripan, tak nak satu dunia tahu aku tengah marah ker, tengah bengang giler ker....

3. kesempitan masa...eh eh...ada ke kesempitan??? bukan kesuntukan masa ker??? alah bedal jer...iyalah bila kerja berlambak masa pun jadi cepat berlalu...sedar sedar dah lunch sedar sedar dah time balik....hishhhhhhhh kalah menteri rasanya...

4. sibuk duk mikir masalah orang....abis dah orang lambak kat aku terpaksalah aku jv sekali...

5. duk giler layan citer KOREA...bila ada masa free jer melangut tengok citer korea....kekadang citer tu yang tengok aku...wakakakaka...

6. sebab terakhir aku malas sangat nak menulis....mmmmmmmmmmmmmmmm Salma menang MENTOR....mak tak suka Salma....mak suka Iqa...tapi yang adooooooooooooooo

7. lagi...malas nak list telepon opis asyik berdering jer nih....abis hilang concentric...hishhhhhhhhhhhhhhhhh

Iqa Mentor 5 - Merisik Khabar (duet bersama Sudirman Hj Arshad)