Friday, March 29, 2013

Entry untuk adik....



Sedihnya rasa bila kita tahu kemampuannya takat tu jer…. tapi kita tak boleh nak bagitahu sebab nak jaga hati… lagi sedih bila terpaksa membiarkan saja….. sangat sangat terluka saat ini…


Setiap keinginan akan cuba dipenuhi…. Sudah sampai masanya untuk dia berdikari…. Tapi bila mengingatinya terasa macam baru semalam aku dukung dia bawak jalan jalan keliling rumah, pakaikan dia baju yang cantik cantik….tapiiiiiii…. semua tu dah berlalu berpuluh puluh tahun……tapi kenapa setiap kali mengenangnya di hati kecil mesti berdetik dia masih tak tahu apa apa…. Sedangkan umurnya dah 23tahun hujung tahun ni….=(


Dia juga perlu membuktikan sesuatu pada mata setiap adik beradiknya…. Mungkin juga perlu buktikan sesuatu pada diri sendiri jugak….=( kenapa aku tak boleh melepaskannya seperti yang lain????


Mungkin jugak aku terlupa.. aku semakin tua dan dia semakin dewasa tuk meneruskan hidup ni…. satu langkah pertama adalah jalan seterusnya untuk menghubungkan dia dengan dunia luar…. Aku harus redha dengan ketentuanNya…. Yang terbaik telah disusunkan tuk nya… semoga dengan keputusan ini dia boleh membuktikan sesuatu pada semua….


Aku harus percaya pada takdir…. Ini takdirnya…. Berulang kali memcuba dalam pelajaran…. Sudah tertulis rezekinya setakat tu…. mungkin sedihnya tak dapat dirasai oleh kami semua… tapi percayalah aku amat faham dengan apa yang dilaluinya…. Tak perlu meminta maaf dengan apa yang berlaku sebab lebih menambahkan lagi rasa sedih dihati aku….. tanpa kata kata maaf pun aku sudah lama memaafkannya….kerana aku tahu siapa dirinya….


Tapi untuk melepaskannya pada dunia… terasa macam aku tak mampu untuk melakukan… mungkin nampak macam aku tak kisah…. Tapi jauh di sudut hati….aku tak sanggup untuk melepaskannya pergi…. Terasa macam dia tak mampu nak handle dirinya dalam situasi sekarang…. Tapi sampai bila kan???

9 comments:

Nory Zoulkefle said...

kena bagi dia peluang untuk dia buktikan yang dia mampu buat yang lebih baik untuk diri dia dan keluarga..InsyaAllah...doakan je yang tbaik untuk dia k..hehe

intanfirdaus247 said...

Salam pinky...xper, bg adik pinky peluang untuk dia membuktikan kemampuan dia...kita bg sokongan utk dia..

Unknown said...

Kasih seorg kakak pada adiknye... insyaallah berkat doa kakak dan keluarga dia mampu berdikari.

miss yatie said...

itulah kasih sayang seorang kakak, tapi perlu beri dia peluang untuk berdikari..biar dia mengerti dan tahu bagaimana menghadapi ujian dan dugaan hidup..berdoa sentiasa untuk dia

Unknown said...

In Sya Allah... yakin la dengan kemampuan adik tu.... ada rezeki dia di luar sana

Anonymous said...

semoga dia berjaya..insyaallah.setiap kekurangan,Allah juga bg kelebihan.begitulah sebaliknya.beri peluang dan doakan yg baik2 :)

cydayf said...

insyaAllah dia mampu.. doakan adik yang terbaikk.. insyaAllah..

Unknown said...

salam singgah...bila nk bt n3 baru ni dik?

Elya Roza said...

setiap orang mmg akan melalui fasa dimana kene hidup berdikari kan..

no worries..everything gonna be alrght :)

salam perkenalan pinky