Sedihnya rasa bila kita tahu kemampuannya takat tu jer….
tapi kita tak boleh nak bagitahu sebab nak jaga hati… lagi sedih bila terpaksa
membiarkan saja….. sangat sangat terluka saat ini…
Setiap keinginan akan cuba dipenuhi…. Sudah sampai masanya
untuk dia berdikari…. Tapi bila mengingatinya terasa macam baru semalam aku
dukung dia bawak jalan jalan keliling rumah, pakaikan dia baju yang cantik
cantik….tapiiiiiii…. semua tu dah berlalu berpuluh puluh tahun……tapi kenapa
setiap kali mengenangnya di hati kecil mesti berdetik dia masih tak tahu apa
apa…. Sedangkan umurnya dah 23tahun hujung tahun ni….=(
Dia juga perlu membuktikan sesuatu pada mata setiap adik
beradiknya…. Mungkin juga perlu buktikan sesuatu pada diri sendiri jugak….=(
kenapa aku tak boleh melepaskannya seperti yang lain????
Mungkin jugak aku terlupa.. aku semakin tua dan dia semakin
dewasa tuk meneruskan hidup ni…. satu langkah pertama adalah jalan seterusnya
untuk menghubungkan dia dengan dunia luar…. Aku harus redha dengan
ketentuanNya…. Yang terbaik telah disusunkan tuk nya… semoga dengan keputusan
ini dia boleh membuktikan sesuatu pada semua….
Aku harus percaya pada takdir…. Ini takdirnya…. Berulang
kali memcuba dalam pelajaran…. Sudah tertulis rezekinya setakat tu…. mungkin
sedihnya tak dapat dirasai oleh kami semua… tapi percayalah aku amat faham
dengan apa yang dilaluinya…. Tak perlu meminta maaf dengan apa yang berlaku
sebab lebih menambahkan lagi rasa sedih dihati aku….. tanpa kata kata maaf pun
aku sudah lama memaafkannya….kerana aku tahu siapa dirinya….
Tapi untuk melepaskannya pada dunia… terasa macam aku tak
mampu untuk melakukan… mungkin nampak macam aku tak kisah…. Tapi jauh di sudut
hati….aku tak sanggup untuk melepaskannya pergi…. Terasa macam dia tak mampu
nak handle dirinya dalam situasi sekarang…. Tapi sampai bila kan???
9 comments:
kena bagi dia peluang untuk dia buktikan yang dia mampu buat yang lebih baik untuk diri dia dan keluarga..InsyaAllah...doakan je yang tbaik untuk dia k..hehe
Salam pinky...xper, bg adik pinky peluang untuk dia membuktikan kemampuan dia...kita bg sokongan utk dia..
Kasih seorg kakak pada adiknye... insyaallah berkat doa kakak dan keluarga dia mampu berdikari.
itulah kasih sayang seorang kakak, tapi perlu beri dia peluang untuk berdikari..biar dia mengerti dan tahu bagaimana menghadapi ujian dan dugaan hidup..berdoa sentiasa untuk dia
In Sya Allah... yakin la dengan kemampuan adik tu.... ada rezeki dia di luar sana
semoga dia berjaya..insyaallah.setiap kekurangan,Allah juga bg kelebihan.begitulah sebaliknya.beri peluang dan doakan yg baik2 :)
insyaAllah dia mampu.. doakan adik yang terbaikk.. insyaAllah..
salam singgah...bila nk bt n3 baru ni dik?
setiap orang mmg akan melalui fasa dimana kene hidup berdikari kan..
no worries..everything gonna be alrght :)
salam perkenalan pinky
Post a Comment