Thursday, September 27, 2012

Accident…



Korang penah tak tengok accident betul betul depan mata??? Huhuhu…. Citer ni dah lama tapi ari ni baru nak stori mori…


Alkisahnya…. Malam tu kitaorang nak g Subang Perdana…. Nak potong kaki seluar….almaklumlah saiz katek kan…. Hahhahaa…. So OTW tu…. Saja called my partner nak tanya pasal bateri jam… jam mak jemah kong lagi u all… tension jer…. Rasanya baru jer awal tahun ni p tukar bateri jam… nak biarkan jer rasa sayang pulak lagipun tak de rosak apapun cuma bateri jer kong…. Lagipun jam tu banyak benornya sentimental value…. Jam tu jugak jam fisrt yang mak jemah dapat after 3tahun kot tak pakai jam….hahhahaha sengal….


Masa tengah talk talk nga my partner tu tertiba tiba teringat seluar yang nak di potong tu tak bawak pulak…. Aduyai… masa tu dah sampai ESSO kat OU dah… nak tak nak kena jugak patah balik….so buang masa kat situ… buang masa yang aku kira selamatkan nyawa kami berempat….


Bunyi macam scary tak??? Scary lah jugak nak citer ni…. kalau tak mak jemah dah blogkan citer ni lama dah… tapi sebab ada masalah jiwa raga tak stabil ari tu… terus lupa… hahhahhaa….


Balik dari potong kaki seluar tu… kita orang amik jalan belakang yang lalu shortcut Tropicana… nak jadikan citer jugak malam tu mak jemah tak drive dan tak bawak keta just tumpang keta housemate…. Kancil… cer bayang kitaorang berempat… sorang badan boleh tahan… hahhahaha dah rupa sardine cap ayam dah….


Part paling best pulak tengah lagu Oppa Gangnam Style… hahhahha terbaeklah…. Keta belakang pulak tu duk cucuk rapat…. Member yang drive pulak jenis pantang cucuk cucuk mencucuk ni… kalau mak jemah paling hampeh pun aku angin jer sesorang dalam kereta…. Hahhahhaha….


Sampai simpang dekat ESSO tadi… keta depan terus berdentum…. Jarak keta depan dengan keta kancil kitaorang dalam sedepa…. Korang bayangkanlah… kalau keta tu berpusing selamat dengan kami kami sekali ikut berpusing…. Memang terkejut beruk semua…. Housemate aku dan dan mengigil… dan dan suruh aku sambung drive… wakakakakka…. Keta dia pulak keta manual…. Memang tak lah…. Kalau nak tengok accident lagi sekali bolehlah….. huhuhu….


Kitaorang berhenti tepi tolong tengok…wakakkakakka… taklah nak tolong kakak yang accident tu….tapi tak boleh… dia tak boleh bangun… tak tahu kenapa padahal dia duk sebelah pemandu…. Pemandu boleh jer bangun tolong dia… dia duk stuck dalam keta… cina yang langgar tu pun boleh jer keluar keta tengok keta dia yang dah hancur tu… pelik betul aku ngan kakak tu…. Sebab memang aku nampak masa accident tu dia stay lagi kat sit…. Tapi bila dah ramai kerumun dia dah duk bawah kat tempat letak kaki…. Tak ke pelik????


Nak tolong pun tak dapet…. Nak jadi saksi pun tak dapat…. Sebab polis tak sampai sampai… jam dah dekat pukul 12 pulak tu… apalagi…. Blah lah…. Tapi kesian tengok mamat yang kena langgar tu… agaknya dia bajet keta dia lepas…. Sekali yang mamat cina yang duk jalan utama tu tak bagi can… keta bawak laju giler… amikkkkkkkkkkkkk koooooo….


Moralnya jangan bawak keta lelaju… eh lupa nak bagitahu… housemate aku kalau bawak keta… setiap kali tumpang setiap kali tu aku semput!!! Asparagus sungguh….






7 comments:

Falsya said...

Adehhhhh...nasib baik la..kalau x maybe kete korang yg kene..alhadulillah xde ape2..teruk jugak kete myvi tuh nyek..tp kr situ mmg org selalu bwk kete laju2 tai..semua xmenyempat2..

Myra Jay said...

Kalau myra mau ketaq lutut tak leh bangun..

Mungkin akak tu takut @ ketaq kot..

ieda said...

mak aihh kuat gak tuuu .. huhu

Cik Cyida said...

hui..seram ohh.. cyda pernah dpn mata tgk org accident kt traffic light dpn mcD ampang park, huhuhuhuhu..

Salam kenal :D

nur anis said...

berhati hatilah kita semua kat jalan raya ye...:)

Ogy Nordin said...

Teruk gak hentaman tu..Alhamdullilah uolls tak kena..
Kalu Hakak gegel tahap kepala lutut dah...

IntaNBerliaN said...

sedepa je... dkt yg amat tu... kalu sy pun dh ketar lutut dh tu/...