Friday, November 23, 2012

kes nayaaaa jer....



Pernah tak korang hadap situasi ni??? hari minggu yang lepas lepas…. Aku nga adik pergi One U…. berdua jer!! Selalu kalau kuar meyopink kitaorang g reramai… tapi memandangkan hari tu aku nga adik 2 2 keja tapi yang lain2 tak keja malas nak ajak derang…. Kalau ajak for sure nak kena tunggu berjam pulak….. maklumlah cuti kan??? Pukul 12 tengahari belum tentu lagi bangun….=(


So dari opis terus gerak ke opis adik aku dan terus gerak g One U…. amik gambar sesiap tempat parking takut tak ingat….huhuhuhu…..


Sampai One U terus terjah McD…. Laporrrrrr


Siap makan perut adik aku meragam nak kena g toilet…. Jenuhlah cari toilet semuanya penuh…. Jumpa satu kat aras bawah…. So aku terus pergi Voir sebab tengah sale up to 70%.... tapi barang yang offer 70% tu tah apa apa lah…. Aku masuk Kitchens pun sama…. Boring!!!


Tunggu half an hour kelibat budak ni tak de jugak muncul muncul…. Ahhhhh aku dah cuak… udahlah handbag dia nga handpon aku yang pegang…. Kes parah ni… nak jenguk dia kat toilet karang aku ke toilet dia pulak datang kat voir ni….kalau kes bertembung tengah jalan tak pe jugak…. Nak tak nak tunggu jap…. Tak boleh tunggu derr tak datang datang jugak…. No choice aku kena p toilet yang aku suruh dia melabur tadi…. Siap tolak pintu panggil nama pun tak menyahut… kes parah ni!!!!


Macam orang giler aku duk mencari dia… melilau sana sani…. Hati dah cuak giler…. nak mintak tolong sapa wessss??? Karang kalau mintak tolong partner mahunya dia luku pala aku…. Haaaaaaaa nak nanges dah rasa…. Budak ni kat sini bawah tanggungjawab aku…


Rupanya tengah aku nak nanges duk cari dia…. Boleh dia nampak aku kat tingkat atas dan masa tu gak dia tengah berperang nak panggil aku ke nak g melawat tandas tuk kali kedua…. Gilerrrr aku separuh giler cuak dia boleh p melabur lagi sekali… lepas tu baru kitaorang jumpa balik kat tempat janji….


Moralnya…. Lain kali kalau dia nak g toilet tunggu kat tepi toilet!!!

9 comments:

Falsya said...

hahahaahhahaha...betul2 naya kes cenggini nie..hahahaha..

Cik Syida said...

betul betul. mmg kes naya nih! haih..

Kakcik Nur said...

Tak payah tunggu kat tepi pun takpe, janji alat perhubungan ada di tangan masing2. :)

intanfirdaus247 said...

Salam pinky..:) dah tu jumpa tak adik? Hehe…thans follow ye..:) hope our friendship sampai bila2..InsyaAllah

Myra Jay said...

Hheee, takpe kak pengalaman tu.. :)

Kalau MJ cuak jugak ;D

Zila Zainal said...

ahahaha lenkali, hp tu bg je dia pegang. penting tu

Nory Zoulkefle said...

aduiiyaii...mmg cuak kalau kena kes cmni...

IntaNBerliaN said...

kalau camni, sy pun cuak gak ni...

Hasrina said...

tidak lg after i used hp gedabak. always carrying my sling bag