Friday, November 30, 2012

Pelangi Senja....



 Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,

Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,

Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,

Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...



Al-fatihah.....November 2010.....

semoga aman di sana.....=(

Random....



Pergi bank masuk kan duit…. Lepas tu melantak McD (ni kes sebelum perang kat Gaza…. Sekarang say no to McD) lepas tu tengok secret recipes nafsu makan datang menggila balik…. Sudahnya balik umah simpan jer dalam peti ais….sebab kekenyangan yang amat…




Esok pagi tapau datang opis buat bekpes… huhuhu…. Sampai cina kat sebelah pun juling mata tengok aku makan kek SR pepagi…wakakkakaka….



Cakap pasal makan ni tetiba teringat lontong…. Apa kaitan tah… hahahhaa… kat medan selera sini lontong dia best giler…. tapi dia tak jual ari ari macam nasi lemak…. Sedih…. Ari rabu jer ada…. Kekadang lupa… nak beli bila hari rabu tu… sedar sedar dah Jumaat =(

Thursday, November 29, 2012

sakit jiwa raga....



Rasanya penah bagitahu kat blog yang laptop aku rosak… so atar repair… rosaknya hardisk… so memang dah tak boleh buat apa…. Memang nak kena tukar baru…. Semua dokumen aku yilekkkk satu apa pun tak boleh nak amik… gambar gambar masa muda mudi dulupun satu pun tak dapat nak simpan… sedih giler… rupanya aku tak simpan bekap dalam pen drive…. Sakit jiwa raga betul…. Rasa macam nak nangis jer walaupun tahu tu keja sia sia….=(


Hantar repairnya jauh nun kat Plaza @ Komplek Idaman…. Korang mesti cakap jauhnya kan… sebabnya aku tak tahu nak antar mana… partner pula dia biasa dengan kedai tu… so no choicelah…


Tapi yang sedihnya bila dapat balik laptop tu dah tak macam dulu… dah terkopek kopek sana sini… adik aku kata mesti lah jadi cam tu sebab dia nak buka nak tukar hardisk… tapi tak boleh ke buat elok elok?? Dah rupa buat keja dengan kaki bukan dengan tangan… sakit ati tau… aku bukan main jaga laptop tu…. Sesuka ati derang jer buat macam tu….


Keluar keluar plaza tu terus p melantak kat depan tu…. Nasib baik roti john ni sedap giler… tapi sebab dah kenyang giler terpaksa amik yang kecik jer… tu pun tak abis….=(





cerita shopping......=P



Dah lama tak cakap pasal handbag, kasut kan??? Hahhahaa…. Hari minggu lepas terjah One U bawak adik lagi sekali sopink barang barang sikit tuk dia konvo… alang alang kat one u tu…. Terjahlah sekali kedai kedai yang ada….


Dia baru dapat gaji penuh bulan ni…. so… apa lagi bolehlah belanja…huhuhu….  Belanja aku sekali…. Wakakakkaka…. Bila lagi nak pawwww adik sendiri kan??? Dedulu dia jer asyik pawww aku tak ingat ingat….hehehhee….


Tapi as a kakak yang baik ati… tak delah nak ketuk bebanyak… dia belanja pun dah cukup baik…. Syukur alhamdulillah…. Dapatlah handbag satu…. Selipar ni aku beli sendiri… selama ni ke mana mana pun  duk pakai selipar jepun jer…. Hahahhaha…. Senang tak sakit kaki…


Ada beli flip top satu tapi dah rasa macam kasut McDonald hahahahaa….tu pasal duk pakai jugak selipar jepun sampai lunyai lah…..
  
serius kat kaki macam kasut mcD.....aku amik warna merah...lagilah....hahahhaha...

simple jer.... tapi harga tak sesimple selipar...huhuhu......

handbag free.....=P

Wednesday, November 28, 2012

hai....

salam semua......hari ni lambat bersiaran sikit..... masuk opis pagi tadi concrete dengan keja dulu....huhuhu.... tetiba banyak keja urgent pulak....


sekarang rasa okayh sikit.... oh... baru dapat sms dari Padini... ada sale up to 50%.... berbulu jer rasa.... kenapa??? aku baru lepas beli handbag and selipar ari Ahad lepas... kalau tahu nak sale macam ni tak denya aku beli hari tu....grrrrrrrrr


nanti kalau rajin aku update stori mori sopink hari ahad lepas ya.... ohhhhhhhhh Padini sales nanti aku nak beli purse.... purse dah rabak giler.....kalau boleh nak beli lagi handbag....wakakkakakkakka..... last sopink for this year....kihkihkihkih.....korang percaya??????

Tuesday, November 27, 2012

chatime....



Beli satu percuma satu….hahhahahaha…. sapa nak bagi kan??? Ntah apa halnya chatime buat promosi semalam…. Bagi percuma winter melon pada setiap orang… dari pagi sampai ke…??? Abis lah kot stok dia….


Lupa pulak nak tanya cina tu perisa baru ke apa??? Tapi tak sedap langsung rasanya…. Tapi sesapa yang suka cincau mesti cakap best… aku tak boleh minum cincau macam tu jer… kalau campur dengan air bandung or soya bolehlah… kalau tak baik aku minum air putih biasa jer…ahaksssss


Puas ati minum chatime semalam…. Sampai aku nak ke toilet 2 kali… hahhaha….   



Monday, November 26, 2012

YES!!!



Salam…. Nak tanya… sekarang dah start YES ke??? Kalau dah start musykil gak aku… tak de lah sale gegiler sangat…. Biasa jer aku tengok… macam sale biasa jer… aku dah excited giler nak sopink time YES ni…. tapi yang adoooooooooooooo


Masuk kedai jam sale cuma 10% jer…. Apa jadahnya… kalau setakat 10%.... beli jam hari biasapun tokei kedai akan bagi 10% jugak….=( sedih wei…. Aku teringin nak jam tali leather pulak ni…. saja nak cukup koleksi…. Ahakssss….


Pagi tadi masa pakai baju nak g keja… try satu kemeja tu ketat tang dada… hahhahahha…. Aku pelik jap… bila masa pulak aku gemuk ni…. wakakkakakkaka…. Tak boleh pakai derrrrrrr ….. last last tukar pakat blouse yang loose giler…. puasati aku…. Grrrrrrrr


Nampak gaya kena beli stok baru ni…. duit mana ko duit ….. cepatlah menjelma…..

tiroid....=(



Baca kat blog Intan Berlian pasal tiroid…. Mmmm dah setahun lebih kot bengkak ni ada kat leher aku….. lepas checkup pertama dulu sampai sekarang tak follow-up lagi…. Takut jugak bila difikir fikirkan…. Dulu masa pertama kali perasan dengan bengkak ni… terus g jumpa doctor, rajin minum minyak kelapa dara…. Tak sempat abis pun minum minyak tu sebotol….


Actually tak tau fungsi minyak tu apa…. Sebab tak jelas sangat masa google minyak tu ngan tiroid…. Tapi sebab doctor pun tak bagi apa apa ubat, aku pun dah takut masa tu…. So… minum jelah minyak sebab pakcik google cakap minum minyak tu…. sudahnya tak sampai sebotol aku dah angkat bendera putih!!!


Benjol ni tak sakit langsung…. Tapi start detect bengkak sampai ke sekarang duk macam tu jer…. Tak membesar (syukur sangat) tapi kekadang nampak macam kecik…. Ke mata aku salah tengok???


Bila pikir pikir takut jugak…. Harap tak de apa apalah…. Dulu masa buat medical checkup… doctor cakap bila aku pregnant maybe akan ada problemnya…. Takut jugak…. Harap tak apa-apa….=(

Friday, November 23, 2012

kes nayaaaa jer....



Pernah tak korang hadap situasi ni??? hari minggu yang lepas lepas…. Aku nga adik pergi One U…. berdua jer!! Selalu kalau kuar meyopink kitaorang g reramai… tapi memandangkan hari tu aku nga adik 2 2 keja tapi yang lain2 tak keja malas nak ajak derang…. Kalau ajak for sure nak kena tunggu berjam pulak….. maklumlah cuti kan??? Pukul 12 tengahari belum tentu lagi bangun….=(


So dari opis terus gerak ke opis adik aku dan terus gerak g One U…. amik gambar sesiap tempat parking takut tak ingat….huhuhuhu…..


Sampai One U terus terjah McD…. Laporrrrrr


Siap makan perut adik aku meragam nak kena g toilet…. Jenuhlah cari toilet semuanya penuh…. Jumpa satu kat aras bawah…. So aku terus pergi Voir sebab tengah sale up to 70%.... tapi barang yang offer 70% tu tah apa apa lah…. Aku masuk Kitchens pun sama…. Boring!!!


Tunggu half an hour kelibat budak ni tak de jugak muncul muncul…. Ahhhhh aku dah cuak… udahlah handbag dia nga handpon aku yang pegang…. Kes parah ni… nak jenguk dia kat toilet karang aku ke toilet dia pulak datang kat voir ni….kalau kes bertembung tengah jalan tak pe jugak…. Nak tak nak tunggu jap…. Tak boleh tunggu derr tak datang datang jugak…. No choice aku kena p toilet yang aku suruh dia melabur tadi…. Siap tolak pintu panggil nama pun tak menyahut… kes parah ni!!!!


Macam orang giler aku duk mencari dia… melilau sana sani…. Hati dah cuak giler…. nak mintak tolong sapa wessss??? Karang kalau mintak tolong partner mahunya dia luku pala aku…. Haaaaaaaa nak nanges dah rasa…. Budak ni kat sini bawah tanggungjawab aku…


Rupanya tengah aku nak nanges duk cari dia…. Boleh dia nampak aku kat tingkat atas dan masa tu gak dia tengah berperang nak panggil aku ke nak g melawat tandas tuk kali kedua…. Gilerrrr aku separuh giler cuak dia boleh p melabur lagi sekali… lepas tu baru kitaorang jumpa balik kat tempat janji….


Moralnya…. Lain kali kalau dia nak g toilet tunggu kat tepi toilet!!!

Thursday, November 22, 2012

tahu bakar....nyum nyummmmmm



Ni citer basi…. Tak ingat bila pergi… yang pasti malam minggu… kempunan nak makan tauhu bakar…. Masa tengah pusing pusing tak tau mana arah nak tuju…. Akhirnya melencong ke Port Klang…. Kat sini tauhu bakarnya paling sedap pernah aku rasa…. Sumpah tak tipu… kalau korang giler makan tauhu bakar memang patut cuba….


Merata aku try tauhu bakar ni… tapi kat sini jugak yang paling best… tempat yang paling tak boleh blah satu kedai kat uptown… ya ampun…. Hehehehe….







Wednesday, November 21, 2012

pulut mangga....



Pwitttttttt….. minggu lepas adik aku balik kampung….. so suruh dia bawak mangga nga beras pulut…. Huhuhu…. Nak buat apa benda alah tu??? Kempunan nak buat pulut mangga….kihkihkihkih….


Pulut mangga paling sedap aku pernah makan kat kedai siam yang dedulu ada kat area area Tesco… alah kedai barangan Siam tu…. Dah macam festival Siam…. Ada jual makanan, baju, kraftangan…. Hahhhhhhhhhhhhh makanannya aduyai sedap sedap belaka… ada bihun, mee, kuih teow tomyam, ada laksa siam (ni peberet abang aku nga anak dia), ada somtam….sedap giler I tell u…. ada kerabu mangga, ada kuih malas, ada sup sup…. Pendek kata semua adalah…. Makanan siam kan best best….


Perghhhhhh sedap giler tau….. lepas tu bertahun tahun tak makan….. sebab pindah Damansara…. Dedulu duk Ampang…. Duk sini jarang g Tesco… kalau pergi pun kedai siam tu tak de…..=(


Masa terjebak dengan Hayaki…. Tengok ada menu pulut mangga…. Tapi setiap kali oder setiap kali tu jugak tak de…. Mangga abis!!!! Sedih betul rasa…..


Tapi mungkin dah rezeki…. Satu ari tu pergi Hayaki…. Order ada pulak pulut mangga ni…. wahhhhhhhh rezeki betul….. tapi… mangganya 4potong…. Kecik cononet betul… nak makan pun tak puas…. Tu pasal bila adik aku balik kampung ni aku suruh dia bawak 2 barang penting tu…. Google resipi senang bangat nak masak pulut mangga ni…. puas ati makan semalam tau……=)


hayaki....

home made...ahaksssssssss


Tuesday, November 20, 2012

Satay Kajang Haji Samuri….







Okayh masuk 2tahun lebih aku kat Damansara baru tahu kedai Satay Haji Samuri ada kat uptown lama Damansara…. Ohhhhh sungguh ketinggalan!!!! Selalu kalau teringin nak makan satay kajang ni gigih pergi sampai Dengkil tau…. tak pun singgah kat RnR kat Sungai Buloh tu…. Pekena satay sampai kenyang….hahhhhaa….


Alkisahnya…. Budak housemate aku meroyan nak makan satay…. Tak puasati makan satay kat kedai satay kat One U… alah kedai satay yang harganya RM1.30 kot satu cucuk tu…. Mahal derrrrrr mana boleh nak makan bebanyak… so tak puas makanlah kekdahnya ni….=)


So google kedai satay jumpa kedai satay kajang haji samuri ni kat uptown… terkejut beruk tengok ada kedai satay kat situ…. Selama ni tak pernah tahu pun ada kedai satay kat situ… satay kan orang selalu bakar kar luar kedai…. Berasap asap… so kita senang tahu tu kedai satay ke tak…Kat sini sataynya bakar dalam kedai… mana nak tahu… ingatkan tu kedai makan biasa…. Sebab dari luar sejibik macam kedai tomyam vichuda….wakakkakakkaka….


Banyak pilihan satay yang ada…. Tapi ordernya cuma satay ayam dengan daging…. Amik nasi satu plate….ingatkan banyak rupanya secoet… tak pelah tujuan utamanya nak makan satay bukan nak makan nasi impit kan???


Secucuk satay kat sini reganya RM0.70sen… not badlah… satay ayam besar besar… daging kecik sikit aku nampak… okayhlah janji ayam besar besar…. Huhuhu…. Aku kan suka ayam…  rasa sataynya kureng kit sikit… tawar sikit…. Rempahnya macam kureng rasa…. Chewahhhhhhhh komen tak ingat kan??? Macamlah aku ni pakar satay…. Huhuhu…. Bukan apa… abang aku buat bisness satay…. So bab bab rasa satay ni aku pakar sikit…. Kihkihkihkih….


Kuah kacang pun macam kurang garam, gula jugak…ahaksssssssssss baguslah jaga kesihatan kan???

Durian Crepe....

Durian crepe, durian pancake, durian pai..... hahhahhaa durian pai tu adik aku yang panggil....sengal!!! wateverlah.... tapi ramai yang panggil durian crepe....


tetiba jer kan raja buah ni jadi fames amos dalam sekelip mata jer.... marketing strategy memang menjadi... padahal isi durian jer durian crepe ni... dari korang beli 4 ketul or 5 ketul 10henggit rasanya baik lah korang beli buah durian sebijik pastu makan sampai kenyang..... hahhahahha nak yang lagi best masa musim durian tu makan yang buat pakej makan sampai kenyang....wakakkakakka.....


tapi.... sedapnya dah gelamer sampai ke kampung aku durian crepe ni..... nak jugak rasa.... kebetulan pulak.... opismate aku ni.... bini dia jual durian crepe.... order jelah kan.... nak jugak rasa.... tak de lah rasa jakun sangat bila mak aku tanya dah makan ke durian crepe???? haipppppppp moden benar mak aku nak menyebut durian crepe ni!!!


rasanya memang sejibik macam kita makan durian biji.... tak de beza kan..... cuma yang bezanya.... makan durian crepe ni.... tangan tak kotor... so sesapa yang terliur nak makan durian crepe tapi tak dapat dapat lagi....tak yah ralat.... korang p beli durian kat tesco ker, giant ker yang dah dikopek dah tu.....dan makanlah puas puas..... hahhahahha durian crepe konon......sejibik sejiban macam makan durian biji!!!!!




abaikan kualiti gambar yang sangat kureng ni.....pakai blackberi jer....bukan ipong 5, bukan es111.....=P

Monday, November 19, 2012

kasi bersih!!!!






Mai mai mai….. murah murah jer nak jual ni….kihkihkihkih…. lawak antarabangsa jer…..  saja bikin gempak…. Sebenarnya baru cuci kasi kilat semua silver tu…. Semua tu gelang dan rantai tangan…. Pastu lord of the ring 3ketol…. Tinggal tu jer cincin sekarang…. Abis hilang masa pindah rumah tahun 2010 dulu… puas pikir rasanya dah simpan elok dalam kotak…tapi nan hadoooooooooooooooo….. redha jerlah walaupun ralat gak sebab semua cincin yang hilang tu beli masa sekolah menengah lagi…. =(


Semalam mood rajin datang menyerang tu yang terlebih kilat tu…. Dari nak buat satu jer terus buat semua….. tinggal rantai dengan rantai kaki jer tak buat sebab malas nak bukak kat badan… hahhahaa…..


Dedulu beli semua ni murah giler…. ada yang beli dengar harga 10henggit pun ada…. Sekarang nan hadooooooooo mahal nak mampus silver sekarang kan???? So memang tak kan bertambah koleksi tu….pakai jerlah apa yang ada tu….

burger bakar.....=(

dah lama dah orang kecoh pasal burger bakar..... semalam aku baru dapat rasa macam mana.... sedap ke tak.... dan yang tak bestnya.... burger bakar tak best!!!


ramai yang cakap sedap... ke tempat semalam yang tak sedap??? hehehehe.... serius rasanya baik makan burger special biasa jer.....=(


buang duit jer order semalam.... tapi kalau tak order tak tau pulak rasa dia macam mana....selama ni duk anggap sedap jer bila orang post burger bakar ni.... huhhuhuuuuuuuuuu indah khabar dari rupa rupanyerrrrr....


 yang ni ayam...of course aku punya.... tak sedap.... daging ayam rasa macam campur tepung... ke memang macam tu rasa burger bakar ayam??? tambah cheese extra lagi sehenggit.....


 yang ni daging.... rasanya daging lebih sedap dari ayam.... padahal aku tak suka makan daging....=P




Saturday, November 17, 2012

i hate karipap....

hahhahaa....bunyi macam berlagak betul!!!!....


bukan macam tu.... mek kan orang kelantan.... mesti nak kuih muih yang manis manis....haipppp kena kencing manis baru tahu...hehehe.... tak tau kenapa memang tak suka karipap... lagi lagi karipap orang KL buat....kihkihkihkih..... tapi karipap IKEA mek suka.....wakakakkakakkakka.....


tadi masa OTW g opis singgah medan selera bawah nak beli kuih.... yang tinggal kuih karipap jer.... aduyai.... nak tak nak amik jerlah walau dalam hati dah cakap mesti tak sedap ni.....=P


masuk opis terus makan.... memang betul..... rasa memang out sangat.... nak abiskan 1 rasa ya ampunnnnnn.... tak makan karang lapar pulak.... so paksa telan jugak..... lagi seketol.... tapi still ada lagi seketol ni.... helppp sapa nak angkat tangan.....




Friday, November 16, 2012

Assalaimualaikum....

hai korang.... sori bebanyak.....dah lama tak update blog.... mood malas sangat sangat..... memula malas sebab demam.... lepas baik demam laptop pulak rosak.... hardisk ko.... kopak lah nak membayarnya nanti....kat opis malas nak perah otak menulis....huhuhuhu.....memang dasar pemalas memang macam ni....


okayhlah....sempena dengan tahun baru mengikut kalendar Islam ni....harap korang baik baik sajok.... dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberikan ketenangan olehNYA.....aminnnnnnnn









Wednesday, November 7, 2012

teringin roti canai...

penyakit demam... mesti nak mengada ngada sikit....hahhahhaa.... sekarang teringin giler nak makan roti canai.... tapi nak makan yang melayu buat, kat kedai melayu......demand dok????


mana nak cari kedai roti canai melayu kat area damansara ni??? i kat kayu ara.... huhuhu..... mamak berlambak lambak lah.... ada al-safa yang paling dekat.....jalan kaki pun sampai.... tapi tak nak.... nak melayu jugak!!!



sedapkan??? gambar cilok kat Google.... mana nak cari?????

Tuesday, November 6, 2012

demam....=(

cuaca tak menentu sekarang.... memula aku batuk.... pastu adik aku pulak demam, housemate pulak take over.... sekarang aku pulak yang duk berair hidung, mata.... semualah.... or maybe semalam terkena hujan tu yang tertiba ari ni nak demam ni...


apa apapun harap sekejap jelah demamnya..... tak sanggup nak hadapnya sesorang.... huhuhu.... sekarang ni teringin nak makan bubur nasi jer rasanya.... tak mo lah bubur nasi mc D.... nak home made... balik umah karang nak buat.... bestnya kalau ada orang yang tolong buatkan....=(



Saturday, November 3, 2012

Selamat Pengantin Baru....

selamat pengantin baru pada Diana&Farid.... so sweet.... cuma baju 2 2 nya den tak berkenan langsung... huhuhu.... awatlah chek p pakai baju macam tu.... macam tak sesuai jer aku tengok... nak buat kelainan pun janganlah sampai baju tu yang dipilih...


kan shomel kalau si Diana pakai baju kebaya sepasang daripada pakai kebaya pendek dengan kain batik macam tu??? aduyai tak berkenaan weiiii.... dengan tudung yang tak kemas kat leher.... teruk tau.... pakailah biar elok sikit.... tapi dah dia nak macam tu kan??


Farid pun sama.... awat chek??? dah tak ke baju melayu nak pakai??? macam kawin main main pun ya... tapi.... apa ada pada baju kan??? tak pelah lain orang lain pandangan....



sumber: Rotikaya....=)

Friday, November 2, 2012

SKYFALL....=P

hehehehe.....semalam layan James Bond.... Skyfall..... tak pelan langsungpun.... main pergi jer..... nak abiskan masa.... sebab plan A tak menjadi...ahaksssss


pada aku citer ni best.... penah dulu aku tengok JB yang Casino Royale tu..... mak datukkkkkkkk siap tertido tido lagi dalam panggung.... hahhahhaha.... tak tau kenapa James Bond episode tu tak best langsung bagi aku....


starting tengah memang best.... tapi ending dah rasa macam aku tengah tengok citer perang pun ada.... hehehhee.... siap meletup letup rumah lama Bond.... tapi sedihnya ending citer M meninggal.... huhuhu.... sapalah nanti nak ganti watak dia kan.....


dengar dengar citer jugak si Daniel dah tak nak jadi Bond lagi.... betul ker??? kira ni last dia berlakon.... mana tah aku baca ari tu.... apa apa pun sapa yang follow 007 ni.... jangan lupa terjah ya.... rate dari 5 aku bagi 4...okayh apa????


 

Thursday, November 1, 2012

petang dah weiiiiiiiiiii



Salam petang…. Huhuhu….lambat bersiaran hari ni…. makin lama makin teruk…. Harap harap mood nak update entry datang balik…. Sekarang mood g jalan jalan ke laut mana tak…. Selalu lupa nak panggil balik… bila mood dah balik masa tu lah rasa nak update story….wakakakkakaa….


Tadi dapat surat increment dari HQ…. sakit ati jer bila tengok…. Tak bersyukur pulak aku…. Alhamdulillah…. Dari tak de langsung baiklah ada walaupun ciput kan??? Pasal tak puas ati tu tolak tepi lah….=(


Hari ni jugak ari kedua nak balik masak…. Sejak adik aku datang duk sekali lepas raya ari tu…. Dah lama tak pegang senduk…. Hehehhehe….. semua tugas memasak aku transferkan kat dia…. Lagilah dia tu pandai masak dari aku…. Hehehhee…. Sekarang nak dijadikan cerita…. Dia tak sihat…. Dari semalam sms suruh masak…. Ingatkan ari ni dah kebah…. Rupanya sms lagi tak larat nak masak…. Haishhhhhhhh saja nak suruh aku masak ke apa ni???? sabotaj betul.....


 Menu ari ni nak masak daging korban, cendawan kukur dan nak goreng ikan.... ikan tu tuk aku.... sebab aku kurang makan daging...hehhehee....=)