Tuesday, June 5, 2012

PTPTN!!!

Jenuh mencari contoh surat ni.... hahahhaha itulah dah diberi kemudahan tak reti nak hargai....sekarang kan dah menyusahkan semua orang..... hampeh tau....


kalau ada yang senasib nganku....sudi sudikanlah meng-copy-kannya ya....


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur


Tuan/Puan,

RAYUAN PEMBATALAN SENARAI HITAM

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada perbadanan yang telah meluluskan pinjaman pelajaran saya sebanyak RM       untuk saya melanjutkan pelajaran saya di USM pada tahun 200?, jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi.


2. Di sini juga saya akui telah gagal untuk membuat bayaran balik pinjaman tersebut yang mana perlu dijelaskan pada tahun 200? (selepas selesai graduasi) tetapi, saya mengambil masa yang lama untuk mendapat pekerjaan yang tetap.


3. Kini saya telah berkerja di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan kasar bulanan RM     selama 2 tahun. Namun demikan, disebabkan pelbagai bayaran sara hidup yang perlu dilunaskan sehinggakan telah terabai untuk menjelaskan hutang utama PTPTN dan disebabkan itu nama saya telah disenarai hitam di imegresen.


4. Ingin saya maklumkan bahawa saya perlu menghadiri kursus di Singapura. Oleh itu, saya ingin mendapat perhatian dan jasa baik pihak tuan untuk menbatalkan senarai hitam dengan segera lantas menarik sekatan di imegresen.


5. Bersama-sama surat ini, saya lampirkan slip bayaran terkini tunggakan yang telah dibuat melalui Maybank2u sebanyak RM?00 dan seterusnya akan membuat bayaran sebanyak RM?00 pada setiap bulan melalui cara yang sama.


6. Diharap permohonan saya mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan. Segala perhatian dan tindakan yang pihak tuan berikan, saya ucapkan ribuan terima kasih.







7 comments:

Hasrina said...

boleh bookmark ni. nanti nak sambung belajar

Falsya said...

wahhhhh..nak gie oberse ke u?..;D

ainnoraini said...

nak kemana tu adik maniss...nak buat rayuan..
semoga dipermudahkan yee segala urusan tuu..

pinky said...

Hasrina: harus tau...=P

pinky said...

Falsya: baru cadang cek nama sangkut kat imegeresen....hahhahaha

pinky said...

ainnoraini: Amin....

Myra Jay said...

Erkkk!! dah lama rasanya tak bayo...huhuuu