Monday, March 14, 2011

mari memasak.....

pagi ahad yang nyaman dan enak sekali untuk aku sambung tidur hingga ke tengahari terganggu kerana satu janji....kuakuakua....sila jangan muntah membaca ayat yang seterusnya ok????

hari Sabtu yang sempoi aku dah setuju dengan housemate aku nak memasak nasi tomato jadi hari Ahad tu aku tak boleh nak ngelat sebab janji dah dibuat...huhuhu...kira ok lah segala bahan untuk memasak dia yang beli aku tinggal tolong menyemakkan dapur yang memang dah sempit kat rumah flat kitaorang....huhuhuhu...

jadi dengan tahap kemalasan yang mencapai 360 darjah aku terpaksa jugak bangun tepat pukul 10.05pagi setelah diketuk dengan lesung batu di muka pintu bilik....ceh xbagi peluang orang nak membuta sungguh...dengkilah tu...

aku dengan keadaan yang terpaksa dipaksa memaksa pun teruslah bangun dan cuci muka untuk menjalankan misi memasak nasi tomato....ekekekekek....

mula-mula....

adegan tumis menumis bawang nga rakan-rakannya bersama planta....huhuhuhu...

dah wangi...masuklah beras sepatutnya beras basmathi....tapi tak kuasa aku nak pergi giant beli beras tu kalau boleh juga guna beras biasa...peace.........

masuk tomato yang dah didadu dengan jayanya oleh aku yang sentiasa melakukan kerja-kerja ringan sahaja....wakakakaka....

masuk sos tomato...tak kanlah nak masuk sos cili sebab aku bukan buat nasi cili...

masuk susu pekat sebab susu cair nanti lemak je tak ada rasa manis...huhuhu...jimat gula...

masuk air secukupnya ya tuan tuan dan puan puan.....

tunggulah sehingga mendidih dan masak...nanti bolehlah kita makan sesama yer...

No comments: